Anyone can catch your
eye but it takes someone special to catch your heart.-Inche Google-
Eddy
menuruni tangga. Dia menuju ke kelas 4
PEE 2. Di dalam kelas 4 PEE 2 (Elektrik dan Elektronik) hanya tinggal dua tiga
orang yang tidak keluar pada waktu rehat. Eddy mengetuk pintu lantas memanggil
Ansar. Mengajak Ansar rehat bersama.
Ansar
yang tidak menyahut. Dia masih lagi statik di tempatnya. Eddy melangkah ke arah
Ansar. Di tepuk lembut bahu Ansar. Mengejutkan kawannya dari lamunannya. Ansar
tersentak. Terbang sudah segala angan-angannya. Dia lantas mengikut Eddy ke
kantin.
“Kau mengelamun pasal apa tadi?” Eddy mengigit
sedikit roti sadin.
“Tak
ada apa la.”
Cawan berisi air sirap di letak di hadapan
lalu Ansar memandang ke depan. Dia. Kelibat si dia dihadapan membuat Ansar
statik tak bergerak seperti disumpah dek Sang Kelembai. Si dia berlalu pergi
setelah membeli makanan.
Setapak.
Setapak. Dari ekoran mata Ansar memerhati si dia hingga kelibatnya hilang dari
pandangan. Eddy perasan kelakuan Ansar. Matanya cuba menangkap kelibat yang
membuat sahabatnya jadi begitu. Namun ramai pelajar yang beratur tidak
membolehkan dia menangkap siapa gerangannya.
“Kau
pandang siapa?” dengan suara rendah Eddy bertanya. Ansar hanya menggeleng
kepala sebelum menggigit keropok lekor yang dibeli. Eddy pun menyambung
kunyahannya. Sebelum pulang ke kelas masing-masing Eddy berjanji untuk datang
ke rumah Ansar selepas tamat waktu persekolahan.
Kelibat
si dia masih menggangu fikiran Ansar. Sepanjang jalan pulang ke kelas tadi
Diceritakan jua perasaannya pada Eddy ketika Eddy mengorek rahsia tentang si
dia. Sebenarnya Ansar malu untuk meyatakan perasaannya pada Eddy tetapi mungkin
Eddy adalah satu-satunya orang yang dapat membantunya.
Ansar
meraup wajah. Dikemas buku-buku dan alatan tulis diatas meja lalu dimasukan ke
dalam beg galas. Disandang beg galas dan buku yang tebal di bimbit dengan
tangan menujuk ke keluar pintu kelas untuk pulang ke rumah.
Sejak
pertemuan pertama, Ansar sudah mula meminati si dia. Ansar
sendiri tak pasti mengapa dia suka si dia. Si dia yang putih merah berwajah ala
Pakistan. Seorang yang peramah. Dia nampak manja walaupun sebenarnya tegas dan
lasak. .
Walaupun
mereka kini sudah dikatakan kawan. Ansar
ingin mengenali dan berkawan lebih rapat dengan si dia. Bukan mahu berpacaran.
Tidak. Ansar meminati si dia tetapi dia tidak mahu berpacaran. Cuma menjadi
kawan istimewa.
Ansar
juga tahu si dia masih belum lagi mempunyai teman istimewa. Jadi dia merasakan
dia tidak la menganggu kekasih orang. Dia sendiri mempunyai prinsip dalam
berkasih. Sekarang bukan masanya untuk bercinta. Mereka masih lagi di alam
persekolahan. Kalau boleh dia mahu bercinta dengan si dia hingga ke jinjang
pelaminan.
Ansar
tersandar di birai katil. Dia merenung hasil tangannya sambil tersenyum puas.
Lepas makan tenggahari dia terus masuk ke
bilik untuk melakukan projek ini. Projek yang dilakukan untuk mendekati
si dia.
Tak
sia-sia dia tolong Kak Erin buat benda ni selama ini. Dia tersentak mendengar
ketukan di pintu. Hilang segala angan dan senyumannya. Lantas dia
membaling terus hasil kerja tangannya ke
bawah katil.
“Masuk.” Nadanya
kedengaran manotoni. Bunyi cuak semacam. Tersembul kepala Eddy di muka pintu
yang terbuka. Oh Eddy. Dia ingat siapa tadi. Sejenak nafas lega ditarik.
Eddy masuk lalu duduk di kerusi belajar. Dibelek kad diatas meja.
Dia
dan Eddy kenal semejak menyertai PBSM. Mereka pernah terserempak ketika
menyertai di salah sebuah pertandingan nyanyian di Klang. Sejak itu mereka
menjadi rapat. Memandangkan mereka mempunyai minat menyanyi yang sama.
Mereka
selalu lepak bersama selepas sekolah. Sama ada di rumah Eddy ataupun Ansar.
Kadang-kadang mereka keluar bersama rakan-rakan lain. Mereka seperti belangkas
sentiasa bersama. Keluarga mereka pun sudah saling kenal.
Dek
kerana keakraban mereka ada rakan perempuan mereka mengatakan mereka seperti gay. Eddy membetulkan tanggapan rakan
mereka itu. Golongan gay ni Nabi
Muhammad tak mengaku umat tau.
“Kau
cari apa?” Tanya Eddy apabila dia melihat Ansar meraba-raba bawah katil.
“Emm..Adalah.”
Dia masih meraba-raba bawah katil. Aduh dimana pula dia baling tadi. Digaru
kepala yang tidak gatal. Tangannya meraba pula di bahagian kepala katil.
Rasanya dia baling tidak jauh ke dalam. Dia tersentuh sesuatu di kepala katil.
Dia
tarik keluar benda itu perlahan-lahan. Dia meletakkan hasil kerja tangan yang
diambil dari bawah katil ke meja belajar. Dia mencapai gitar di birai katil.
“Wah!
Kau buat sendiri ke?”
“Aku
ada plan baik punya. Tapi kau kena tolong aku.” Tangannya mula memetik tali
gitar.
“Sebelum
tu cam biasa kita karok dulu” Intro Warisan-Sudirman berlagu dari petikan tali
gitar.
Minggu depan pertandingan lagu patrotik
diadakan sempena Minggu Kemerdekaan di samping pertandingan lain. Mereka
giat berlatih untuk pertandingan itu. Mereka akan menyanyikan lagu Warisan-
Sudirman.
Eddy juga akan memasuki pertandingan
mendeklamasi sajak pada minggu itu. Dia bersempatan melihat Eddy dan si dia
berlatih mendeklamasi sajak. Mengetahui mereka akan bertanding untuk
pertandingan nyanyian si dia berjanji akan datang menyokong mereka.
“Lagu dilagukan oleh Ansar dalam versi lelaki.
Dari satu ke satu lagu mereka nyanyikan. Memang riuh bilik yang sederhana besar
itu.
Selepas
itu mereka dah tak kisah lagu patrotik ke lagu cinta semua mereka redah. Maaf
la mak cik dan pak cik di keliling rumah.
Selalu terpaksa dengar mereka melalak. Ni belum lagi mengunakan set karokae.
Kalau Adam ada lagi riuh. Adam itu abang angkat dia.
Malam
itu puas dia mengereng ke kiri dan ke kanan. Dari posisi mengereng dia
terlentang. Matanya tidak juga mahu lelap. Dicapai telefon di tepi bantal. 1.30
pagi! Debarnya bagai tidak hilang selagi Eddy tidak menyempurankan amanah yang
diberi.
Tadi
petang sebelum Eddy balik dia serahkan hasil kerjanya kepada Eddy. Moga Eddy
dapat menjalankan tugasnya dengan baik esok pagi. Satu perkataan saja yang
boleh mengambarkan perasaan dia ketika ini. Cuak! Cuak tahap gaban. Jangan
sampai kantoi dengan sesiapa sudah.
Kalau tak malu dibuatnya.
Di
raup wajah dengan sebelah tangan. Kain selimut yang tadi menutupi tubuh sudah
tersadai di birai katil. Entah bila dia terlelap. Pagi itu dia tersedar apabila
mendengar deringan jam lonceng di atas meja. Langkahnya deras. Tidak seperti
pagi-pagi yang biasa.