Prolog
Dorm
sudah light-off. Aisha merebah
kepala. Tiba-tiba telefon bimbit bergetar di tepi bantal. Menandakan ada mesej
baru masuk ke dalam inbox. Mr.A.M?
Hatinya berdetak laju. Dicapai telefon di tepi bantal dengan kalut. Dibuka
skrin telefon bimbit. Ceh mesej dari Celcome. Telefon itu dia letak kembali di
tepi bantal.
Teman
sebelah berbicara sambil menekup kepala dengan bantal. Dia merenung bunga origami
di tangan dengan bantuan lampu koridor. Bunga yang terakhir dia terima. Dia
menghela nafas berat.
Esok
dia akan menjawab kertas peperiksaan yang terakhir untuk SPM. Hari terakhir
sebagai pelajar sekolah. Esok juga hari dia akan berjumpa dengan Mr.A.M buat
pertama kali.
Matanya susah betul nak
lelap malam ni. Dia membayangkan apa yang bakal berlaku pada hari esok.
Rakan
–rakan sebilik yang aliran teknik sudah pulang. Mereka sudah selesai menjawab
peperiksaan. Sekolah ini ada dua aliran iaitu vaksional dan teknikal.
Vokasiaonal lebih menjurus ke arah amali. Peperikasaan mata pelajaran
vokasional dilakukan pada akhir minggu peperiksaan.
“Eh tak tidur lagi? Tidurla esokkan nak jawab exam. Karang tidur pula masa jawab exam.” Farah di sebelah menegur. Asrama
sunyi betul bila tingga sebahagian je form
five.
“Yela,Farah.
Dah habis dah ‘abang sayang’ kau tu bagi semangat?” Dia memerli Farah.
“Macam
tak jumpa je esok. Padahal kau dengan dia dalam satu kelas sama jawab exam kan.” Mata Aisha yang memandang siling kalih ke teman sebelah.
Farah mencebik mendengar butir bicara Aisha.
Mata
Aisha melilau ke kiri dan kanannya. Yang lagi tiga orang dah selamat belayar ke
alam mimpi. Aisha meletak bunga di tepi bantal lalu menarik selimut. Batal
kecilnya dipeluk. Mata dipejam cuba untuk tidur. Tidurla,Aisha.

No comments:
Post a Comment