Khairul
Amri berjalan-jalan di sekitar kampung halamannya. Dia baru pulang semalam
setelah tiga tahun di perantauan. Di gelangang awam, dia terlihat seorang
perempuan bermain bola jaring bersama beberapa orang budak perempuan, Perempuan
itu seperti perempuan yang ditunggu-tunggu selama tiga tahun ini. Tapi dia
merasakan mustahil yang perempuan itu adalah orangnya. Cuma gaya mereka memang
serupa. Dia berlalu pergi tiba-tiba bola yang mereka main terkena kepalanya.
“Aduh!”
Dia mennyeringa sambil mengusap kepalanya. Sakitnya kena hentam dengan bola.
“Encik
okay ke?” Perempuan tadi mengutip bola lalu datang kepadanya bertanya bimbang.
Suara itu. Dia masih lagi kenal suara itu. Dia tergamam. Seakan tidak percaya
dia masih lagi dapat mendengar suara itu. Perempuan itu terasa bersalah melihat
Khairul Amri yang hanya diam lantas dia bertanya semula. Karang sakit
berdarah-darah dia jugak yang susah. Yalah dia yang baling bola tu.
“Khai?”Khairul
Amri bertanya. Dia berharap dia tidak salah orang.
“Kau
Am ke?” tanya perempuan itu kepadanya. Khairul Amri mengangukkan kepalanya.
“Am!Eh
bila kau balik?”
“Kak
Nisa!” belum sempat dia menjawab pertanyaan Khairunnisa terdengar teriakan dari
salah seorang budak perempuan di tengah gelanggang. Khairunnisa membaling bola
di tangan kepada mereka. Mereka meneruskan permainan yang tergendala.
“Jomlah
kita ke sana. Boleh kita berbual.”
Mereka
menghala ke tepi padang. Setelah mereka duduk sebentar Khairul Amri memulakan
perbualan.
“Kau
nampak lain sekarang sampai aku tak boleh cam kau, Khai.So how your life?”
“Good. Aku sekarang kerja di KL. Lusa aku
balik sana.”
Masing-masing
terdiam seketika mungkin terasa janggal setelah lama tidak berjumpa.Khairul
Amri bersuara memecahkan kesunyian.Dia bertanyakan pengalaman Khairunnisa di
Jepun. Mereka galak bercerita sehingga tidak sedar masa berlalu.
“Am,dah
nak senja ni. Aku balik dululah ye.”
“Khai,
opss..Nisa. Aku nak jumpa kau esok boleh?”tanya Khairul Amri dengan penuh
pengharapan.
“Boleh.
Nak jumpa dekat mana?”
“Dekat
pondok. Pukul tiga petang.” Khairunnisa menganguk kecil.
“Am.”Khairul
Amri berpaling semula ke arah Khairunnisa.
“Tak
payah la panggil Nisa. Kau panggil Khai je. Macam kita dulu-dulu.
Assalamualaikum.” Khairul Amri menjawab salam di dalam hati. Dia tersenyum
sambil memandang Khairunnisa yang berlalu pergi.
Dalam
perjalanan pulang Khairul Amri singgah di pondok ran di dusun ayahnya. Dia
teringat kembali pertemuannya dia dan Khairunnisa sebentar tadi. Khairunnisa
atau panggilannya Khai begitu berbeza sekali. Dia teringat kembali. Khai si
gadis tomboi. Dia berpakaian seperti lelaki dengan jaket dan seluar jean.
Rambutnya dipotong pendek gaya boycut
dan bersarung topi. Tapi kini dia ayu bertudung litup. Dia mengenakan baju long sleves bersama track suit.
Dulu
di pondok ini dia, Khairunnisa,Mustafa dan Izwan berkumpul selalu.Mereka
belajar dan lepak bersama. Setelah menyambung pengajian mereka sudah jarang
berjumpa. Masing-masing semakin sibuk. Dia
dan Khairunnisa di Kolej MARA Banting. Mereka membuat IB bagi persedian
melanjut pelajaran ke Jepun dan German. Manakala Mustafa di Kolej MARA Seremban
dan Izwan di Matrikulasi Melaka. Mereka terpisah setelah melanjutkan pelajaran
ke luar negara. Pondok itu sudah tidak dikunjungi. Dia menyapu habuk di dinding
yang tetera nama mereka.
KHAI
AM
MUS
IZ
Pondok itu dinamakan Pondok KAMI bersempena gabungan
nama mereka berempat. Dia tersenyum sendiri. Teringat di benaknya kenangan dia
bersama rakan-rakannya. Sungguh indah rasanya.
“Pondok
ini harus dibersihkan.” desis hatinya.Selepas memandang sekeliling dia pulang
ke rumah.
Sementara
itu, Khairunnisa duduk termenung di katil di dalam bilik sambil memeluk patung
beruang kesayangannya. Dia mencapai bingkai gambar dari dalam laci. Gambar
mereka berempat berpakaian sekolah. Gambar itu diambil selepas mereka selesai
menjawab kertas terakhir untuk SPM. Kini setelah tiga tahun dia bertemu kembali
dengan Khairul Amri. Teman baiknya suatu ketika dahulu tetapi dia dan Khairul
Amri bergaduh disebabkan suatu peristiwa. Terimbas kembali di ingatannya
sewaktu mereka di kolej dahulu.
Empat
tahun dulu.
Khairul
Amri yang bergegas ke perpustakaan. Dalam perjalanan dia terlanggar seorang
gadis. Dia meminta maaf. Sempat lagi dia berkenalan dengan dengan gadis cantik itu.
Semasa dia berlalu pergi dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dia kembali
bergegas.
Sementara
itu Khairunnisa yang berada di perpustakaan bagai cacing kepanasan.
Berkali-kali dia melihat jam di pergelangan tangan. Bayangan Khairul Amri masih
tidak kelihatan. Dia membaca buku dihadapannya namun satu pun tidak lekat di
kepalanya. Dia terfikir-fikirkan Khairul Amri.
Ini bukan kali pertama Khairul Amri
lambat kebiasaannya dia akan mesej jika dia lambat. Tiba-tiba bahunya
ditepuk dari belakang. Dia tersentak. Khairul Amri menarik kerusi sambil
meminta maaf atas kelewatannya. Khairunnisa lega akhirnya Khairul Amri muncul
juga. Namun kata-kata sindiran berbaur geram dilemparkan kepada Khairul Amri.
Khairul Amri hanya mampu tersenyum sumbing.
Khairunnisa
merenung jam di pergelangan tangan. Sudah hampir tiga jam mereka menelaah di
perpustakaan. Otaknya sudah tepu dengan segala formula-formula advance integral. Buku tebal di
hadapannya ditutup. Khairul Amri di sebelahnya meraup muka. Dia mengajak
Khairul Amri ke kafeteria sebelum pulang ke kolej kediaman. Sewaktu berjalan
keluar dari perpustakaan dia dan Khairul Amri terserempak dengan Maira.
Maira
ialah gadis yang berlanggar dengan Khairul Amri. Khairul Amri meperkenalkan Maira
kepada Khairunnisa lalu mengajak Maira menyertai mereka ke kafeteria.
Khairunnisa memerhati Maira dari atas hingga ke bawah. Pada pandangannya Maira
seorang gadis cantik. Kulitnya putih merah. Wajah dirias rapi dan rambutnya
ikal dibiar lepas. Pakaian kelihatan moden seperti kebanyakan gadis. Maira
menerima pelawaan tersebut. Di kafeteria, mereka berbual mesra.
Khairul
Amri beringan dengan Khairunnisa pulang ke kolej kediaman. Khairul Amri
bertanyakan pendapat Khairunnisa mengenai Maira. Soalan Khairul Amri dibiar
sepi tanpa jawapan. Dia perasan gaya Khairul Amri seperti menyukai Maira lantas
dia bertanyakan perasaan Khairul Amri terhadap Maira. Khairul Amri tersenyum sememangnya
dia sudah jatuh hati saat pertama kali terpandang Maira. Tanpa segan silu dia
bercerita kepada Khairunnisa satu persatu mengenai Maira. Khairunnisa terdiam
mendengar butir bicara Khairul Amri sehingga mereka berpisah di persimpangan
antara blog kediaman pelajar lelaki dan perlajar perempuan.
Khairunnisa
menutup pintu biliknya yang kosong tanpa penghuni. Rakan sebiliknya belum
pulang dari kelas. Dia terduduk lemah di birai katil. Dia sedih apabila
teringat kembali kata-kata Khairul Amri di jalanan tadi . Matanya sudah
berkaca-kaca. Butiran jernih itu menunggu masa untuk luruh. Seandainya Khairul
Amri mengetahui perasaannya terhadap jejaka itu. Perasaan yang sudah lama dia
simpan dilubuk hatinya sejak dari mereka bersekolah lagi. Sebenarnya dia tiada
keyakinan untuk berterus terang kepada Khairul Amri. Dia tahu Khairul Amri
mungkin akan menolak dirinya seandainya dia berterus terang. Dia takut
persahabatan mereka menjadi hambar kerana perkara ini. Dia lebih rela membunuh
perasaan ini dari kehilangan kawan baik sendiri. Lalu perasaan ini disimpan
kemas sehingga tiada siapa tahu meskipun Izwan dan Mustafa. Kini Khairul Amri
menyukai orang lain. Dia sedar dia harus melupakan perasaannya dan mendoakan
kebahagiaan Khairul Amri walau sesiapapun pilihan Khairul Amri. Air mata yang
akhirnya luruh diseka pelahan.Dia harus kuat.Titik.
Semakin
lama perhubungan Khairul Amri dan Maira semakin intim. Suatu hari Khairul Amri
memberitahu Khairunnisa bahawa dia sudah meluahkan perasaannya dengan Maira dan
mereka telah menjadi sepasang kekasih. Apabila menerima perkhabaran itu hati
Khairunnisa bagai kaca yang terhempas di batu. Pecah berderai menjadi serpihan.
Sehabis daya dia menyembunyikan riak sedih di wajah. Dia sedar sudah saatnya
dia menjarakkan diri dari Khairul Amri. Dia tidak mahu sedih melihat Khairul
Amri bersama perempuan lain. Di fikirannya Khairul Amri tentu mahu lebih banyak
masa bersama Maira. Dia hanya akan jadi pengacau dalam perhubungan mereka.
Khairul Amri selalu bercerita mengenai
perhubungannya dengan Maira kepada Khairunnisa. Dia ingin berkongsi
kebahagiaannya dengan Khairunnisa kerana sedari kecil mereka bersahabat baik.
Khairunnisa sudah dianggap saudara lebih dari keluarganya sendiri. Segala
kesedihan dan kegembiraannya diceritakan kepada Khairunnisa. Berlainan pula
dengan Khairunnisa walaupun sedih dia mendengar setiap cerita Khairul Amri. Dia
harus menahan sebak didada dan memaniskan muka. Biarlah dia nampak turut
berkongsi kegembiraan sahabatnya. Dia mahu nampak ceria seperti selalu di mata
Khairul Amri dan teman-temanya yang lain padahal hatinya sakit bagai ditusuk
belati.
Matanya
terkebil-kebil memandang siling. Sudah puas Khairunnisa cuba memejamkan mata
tapi dia tetap tidak tidur. Dia terbayang wajah lena Khairul Amri di dalam bas
pagi tadi. Acap kali jika mereka bersama dia akan mencuri pandang wajah pemuda
itu jika berpeluang. Wajah Khairul Amri agak tampan. Kulitnya putih. Matanya
sepet dan keningnya tidak terlalu lebat. Terdapat sedikit bekas-bekas jerawat
di pipi. Hidungnya sedikit mancung dengan jangut sejemput di dagu. Dia berkalih
ke kanan. Tiba-tiba dia teringat sewaktu
pertama kali mendapat tawaran ke kolej ini.
Dia
berlari-lari anak ke pondok KAMI. Di
panjat tangga tali dengan berhati-hati. Khairul Amri sedang memetik tali gitar.
Mustafa sedang baring sambil memegang telefon bimbit manakala Izwan sedang
membacuh air minuman. Dia duduk bersila di sebelah Khairul Amri lalu menayang
dengan gembira surat yang tertulis Urusan Seri Paduka Baginda yang belum dibuka
kepada kawan-kawannya.
“Dapat
kat mana?” tanya Mustafa yang sudah duduk menghadapnya.
“Kolej
MARA Banting.”
“Eh
sama dengan Am la” kata Izwan.
“Yeke.
Jodoh kot. Kan Am.”
“Hish
apa jodoh-jodoh ni Khai geli la dengar.” Khairunnisa tersentap mendengar
kata-kata Khirul Amri. Dia mengalih pandangan dari Khairul Amri.
Itu
kisah mereka dua tahun yang dahulu. Dari saat itu dia cuba untuk melupakan
perasaannya tapi sampai saat ini perasaan itu masih bertanda. Walaupun Khairul
Amri dengan wanita lain sukarnya untuk dia menghapuskan rasa cinta dan sayang
ini. Setelah beberapa kali dia memejamkan mata akhirnya dia pun tidur.
Suatu
hari ketika sedang minum di restoran bersama-sama teman-teman Khairunnisa
ternampak Maira bersama lelaki lain. Mereka begitu mesra bagai sepasang
kekasih. Untuk mengesahkannya di bertanya kepada temannya Maria yang turut
mengenali Maira. Dia merakam perlakuan mereka dengan telefon bimbitnya. Dia
harus menunjukkan kecurangan Maira kepada Khairul Amri. Dia tidak mahu
sahabatnya terus ditipu.
Suatu
petang dia dan Khairul Amri berjumpa di tasik kolej. Dia menunjukkan rakaman
tersebut. Dia berharap Khairul Amri sedar tentang kecurangan Maira.
“Apa
semua ni Khai? Apa sebenarnya niat kau tunjukkan semua ni?” Khairul Amri
memarahi Khairunnisa setelah selesai melihat rakaman tersebut.
“Am,
kau buta ke? Kau sendiri nampak Maira dah curang dengan kau. Aku nak kau sedar
siapa Maira tu.”
“Sudahla
Khai! Aku tak sangka kau sanggup nak rosakkan hubungan aku dengan Maira. Kalau
pun kau tak suka Maira, tolonglah jangan buat benda-benda macam ni.”
“Am,
aku tak pernah benci atau tak suka dengan dia. Aku gembira tengok kau bahagia
dengan dia. Tapi kau kena terima hakikat yang dia dah curang dengan kau.”
“Aku
tahu kau tak suka dia sebab tu kau jauhkan diri daripada aku bila dia ada.
Macam-macam alasan kau bagi bila aku ajak kau joint kami. Aku tak tahula Khai sama ada kau ni masih bestfriend aku ke tak.” Kata Khairul
Amri sambil merenung tasik.
“Am,
aku buat macam tu sebab aku nak kau lebih masa dengan dia. Tu aje.” Khairunnisa
cuba mempertahankan diri.
“Em..dah
la Khai. Cuba kau cakap apa sebenarnya tujuan kau.”Khairul Amri menghadap
Khairunnisa. Kata-katanya seperti menyindir. Sedikit pun dia tidak percaya
kata-kata Khairunnisa.
“
Okay. Memang aku tak suka kau dengan dia. Aku sedih bila kau dengan dia. Kau
tahu sebab apa? Sebab aku sukakan kau!” Hati Khairul Amri tersentap.
Khairunnisa sukakan dirinya?
“Kau
sukakan aku?”
“Aku
pernah suka tapi aku tak pernah terfikir nak rosakkan hubungan korang. Aku tak
seteruk tu. Aku cuma nak kau bahagia tapi kau kena sedar yang dia dah
main-mainkan kau.”Khairunnisa merenung kakinya. Air matanya sudah bergenang
ditubir mata. Diselindung mata yang
sudah berkaca-kaca dari dilihat Khairul Amri.
“
Am, macam nilah kau pun dah tak percaya aku kawan baik kau lebih baik kita
putus kawan jela.” Kata Khairunnisa dengan hampa. Hatinya sakit bila sahabat
sendiri tidak mempercayainya.
“Okay.
Kau yang nak kita putus kawan kan?Fine!
Mulai hari ini kita putus kawan!”
“
Baik kita putus kawan.Thanks Am!”Khairunnisa
mencapai begnya di kerusi lalu pergi dengan perasaan yang sedih. Cepat-cepat
diseka air mata yang turun berlinangan. Dia tidak menyangka begini akhirnya.
Khairunnisa
pulang ke biliknya. Bingkai gambar dia dan Khairul Amri dihempas ke lantai. Dia
menangis semahu-mahunya. Dia tidak sangka Khairul Amri memutuskan persahabatan
mereka yang sudah bertahun-tahun demi mempertahankan Maira yang baru beberapa
bulan menjadi kekasihnya. Teman-teman bilik sebelah-menyebelah yang mendengar
tangisannya segera memasuki biliknya. Mereka cuba memujuk dirinya. Dengan air
mata yang berlinangan dia menceritakan apa yang berlaku. Mereka bersimpati.
Mereka tahu hubungan akrab Khairunnisa dan Khairul Amri walaupun tidak
mengenali Khairul Amri.
Empat
tahun kemudian.
“
Assalamualaikum.”Khairunnisa memberi salam. Dia di hadapan rumah Khairul Amri
yang kelihatan sunyi tidak berpenghuni.
“Walaikumusalam.
Eh Khai. Ingat siapa tadi. Masuklah nak.”Makcik Asiah ibu Khairul Amri
menyambut kedatangannya. Disalami tangan tua itu.
“Tak
pe la makcik. Khai nak jumpa Am kejap ni. Am ada di rumah makcik?”
“Am
pagi-pagi lagi dah ke dusun.”
“Macam
tu mak cik tolong bagitau Am yang Khai tak dapat jumpa dia petang ni. Khai kena
balik KL sekarang. Ada hal kecemasan di sana.”
“Ye
la. Ni tak singgah dulu ke?”
“Khai
nak cepat ni. Lain kali Khai singgah ye makcik. Assalamualaikum.”
“
Walaikumusalam. Hati-hati pandu kereta tu.” Makcik Asiah masuk ke dalam rumah
setelah kereta Khairunnisa yang berlalu pergi.
Makcik
Asiah di dapur. Dia memotong sayur bayam untuk dimasak makan tengahari.
Tiba-tiba kedengaran suara Khairul Amri memberi salam. Dia masuk dari arah
pintu dapur lalu menarik kerusi meja makan untuk duduk. Air teh dituang ke
cawan. Dia kepenatan mengemas pondok dari pagi.
“Tadi
Khai datang. Dia tak dapat jumpa kamu petang ni. Dia dah kena balik tadi. Dia ada hal kecemasan di KL
tu.”beritahu Makcik Asiah.
“Aduh
dia dah balik pulak.” gumam Khairul Amri.
“Yela
mak. Am masuk bilik ye.” lirih sungguh suaranya.
Khairul
Amri mengapai tuala lalu menuju ke bilik air. Dia mahu mandi badannya sudah
belengas. Seusai mandi dia menyandar ke dinding di kepala katil. Sejujurnya dia
terkilan tidak dapat jumpa Khairunnisa. Dibelek kotak cincin di tangan. Dia
sudah nekad untuk melamar Khairunnisa hari ini. Kotak cincin dibuka. Sebentuk
cincin belah rotan direnung. Kotak itu ditutup lalu diletak ke tempat asal. Dia
berharap dapat berjumpa Khairunnisa secepat mungkin. Dia tak mahu menyesal dan
kehilangan Khairunnisa lagi. Teringat semula hari di mana dia sangat kesalkan.
Keluarga
dan rakan-rakan Khairunnisa akan menghantar dia di lapangan terbang hari ini.
Mustafa tahu harus memberitahu dan memujuk Khairul Amri menghantar pemergian Khairunnisa.
Bro, aku nak jumpa kau sekarang di
tempat biasa.Penting!
Mesej pesanan ringkas
di hantar kepada Khairul Amri. Khairul Amri kehairanan. Di sana Mustafa memujuk
Khairul Amri berbaik semula dengan Khairunnisa. Bagi Khairul Amri antara mereka
sudah tiada apa-apa. Semuanya hanya tinggal kenangan.
“Kita
semua dah lama kawan Am. Tak akan kau nak putus kawan macam tu je? Aku mintak
kau fikir balik keputusan kau. Fikir masak-masak. Aku pergi dulu.
Assalamualaikum.”
Pada
waktu yang sama Khairunnisa berada di pondok KAMI. Dia menyentuh ukiran nama
mereka dengan hati yang sayu. Dia tersentak apabila Izwan memangil namanya. Dia
tidak menafikan yang dia mengharap Khairul Amri akan turut menghantarnya ke
lapangan terbang walaupun di hadapan rakan-rakan dia menghalang mereka
memberitahu Khairul Amri tentang permergiannya.
Selepas
Mustafa berlalu pergi Khairul Amri berjalan di sekitar kawasan tasik itu.
Tiba-tiba dia terlihat sepasang kekasih. Perempuan itu mirip Maira. Dia amati
dan ternyata dia tidak silap. Dia menuju kearah mereka.
“Maira!”
“Sayang, you tunggu I kat sana ya.”dengan lembut Maira berkata kepada lelaki di
sebelahnya. Khairul Amri sudah geram. Mahu ditelan hidup-hidup Maira ketika
itu.
“Siapa
lelaki tu? Kenapa kau curang dengan aku?” tengking Khairul Amri.
“Dia
tunang aku. Dia baru balik Malaysia. “
“Well aku tak pernah sayang kau, Am. Aku
cuma nak main-main je. Kau tu yang bodoh sangat percayakan aku. Khai pun bodoh.
Dia ingat boleh buruk-burukkan aku.” kata Maira tanpa rasa bersalah.
“Perempuan
tak guna!” Khairul Amri terus menampar Maira. Dia terus berlalu pergi. Maira
menjerit marah kepada Khairul Amri. Khairul Amri memandu laju ke KLIA. Dia
perlu sampai cepat untuk berjumpa Khairunnisa. Matanya melilau mencari bayangan
Khairunnisa. Dia kepenatan. Masa penerbangan Khairunnisa sudah hampir tetapi
dia masih tidak jumpa Khairunnisa. Tiba-tiba dia terdengar Mustafa menyeru
namanya.
“Mus,
Khai mana?”
“Balai
perlepasan. Dia..”Tanpa mendengar kata-kata Mustafa dia berlari ke balai perlepasan. Semua yang ada tercengang.
Mustafa menyuruh semuanya pulang. Khairul Amri sudah terlambat. Dia pulang
dalam kehampaan.
Khairul
Amri resah selagi dia tidak memohon maaf kepada Khairunnisa.Dia meminta pendapat
dan pertolongan rakan-rakannya Mustafa dan Izwan. Mustafa menyuruh dia
menghantar e-mel kepada Khairunnisa. Malangnya e-mel itu tidak berbalas.
Memikirkan e-melnya tidak dibaca lalu dia dan rakan-rakannya menghasilkan
sebuah video untuk dihantar kepada Khairunnisa.
Suatu
hari Khairunnisa menerima bungkusan. Rupanya
bungkusan tersebut dari Khairul Amri. Bungkusan tersebut berisi patung beruang putih bersaiz sederhana dan sekeping
VCD. Ini kali pertama dia mendapat hadiah patung beruang. Kelakar pula dia
terima hadiah begitu dari Khairul Amri. Sedangkan Khairul Amri tahu yang dia
bukannya berminat dengan barang sebegitu.
Dia memainkan rakaman VCD. Dia menonton VCD
itu seorang diri. Semua teman serumahnya keluar. Bait-bait lagu yang dikarang
dan dinyanyikan oleh Khairul Amri menyentuh
hatinya. Titisan jernih mengalir dari tubir matanya. Dia menonton semula VCD
itu. Di terpapar kaca televisyen Khairul Amri menyanyi sambil memainkan gitar
kesayangannya.
Khairunnisa membuka
pintu rumah yang diketuk. Dihadapanya berdiri seorang penuntut baru dari
Malaysia. Khairunnisa menolong gadis bertudung labuh itu membawa masuk beg
miliknya. Hidayah namanya. Dia berkenalan dengan penghuni lain di dalam rumah
itu. Selain Khairunnisa rumah itu turut dihuni tiga penuntut lain yang
kesemuanya dari Malaysia. Mereka ialah Azliatul, Mahaletchumi dan Luin.
Kebetulan
suatu hari semasa mereka membeli barang dapur Azliatul terserempak dengan
sepupunya yang turut belajar di sana. Dia memperkenalkan sepupunya kepada
Khairunnisa dan Hidayah. Namanya Amri. Mendengar nama itu dia terbayang Khairul
Amri. Dia tersedar apabila Hidayah memanggil namanya.
“Khai,kalau
aku tanya kau jangan marah tau. Kenapa kau jadi tomboi ek?”
“Sebenarnya
aku dari kecil aku kawan seorang budak lelaki. Dimana ada dia disitu ada aku.
Kawan rapat aku semua lelaki jadi secara tak langsung aku jadi tomboi. Lagipun
aku dah selesa macam ni.”
“Kau
tak nak kembali ke fitrah kau yang asal? Maafla kalau pertanyaan aku buat kau
terasa hati.” Hidayah mahu mengajak
Khairunnisa berubah secara berhemah. Cara yang dianjurkan dalam Islam. Ibarat
menarik rambut dalam tepung.
“Dayah,
bukan aku tak nak berubah cuma aku perlu seseorang yang boleh bimbing dan bagi
aku kekuatan. Aku memang nak sangat berubah, Dayah.” lirih saja suaranya “Khai kalau betul kau nak berubah
semua orang akan ada untuk bimbing dan bagi kau kekuatan. In sha Allah semuanya
akan jadi mudah.” Tangan merangkul bahu
Khairunnisa. Tanda memberi semangat kepada sahabatnya.
Mulai
hari itu dia cuba berubah sedikit demi sedikit. Dia bukan sahaja berubah
lahiriah tetapi dia cuba berubah secara insaniah. Benar kata Hidayah semua
dipermudahkan oleh Allah. Pengajian sudah tamat. Majlis konvokesyen pun sudah
selesai. Dia mengemas beberapa barang miliknya. Dahulu semasa datang ke sini
sedikit saja barangnya tetapi bila pulang dia harus tambah beberapa beg lagi.
Beberapa barang sudah dihantar dulu ke Malaysia. Tinggal beberapa hari saja dia
akan pulang ke Malaysia
Khairul
Amri baru saja mula berkerja di Kuala Lumpur. Pejabatnya tidak jauh dari pejabat
Khairunnisa. Sudah dua kali mereka keluar makan bersama. Cincin itu masih belum
diserahkan kepada Khairunnisa. Dia menunggu masa yang sesuai lalu mengambil
keputusan untuk melamar Khairunnisa pada hujung minggu ini.
Dia
muncul di depan pintu pagar rumah Khairunnisa. Dia mengajak Khairunnisa
berkelah di Tasik Titiwangsa. Khairunnisa kaget. Dia ingat Khairul Amri
bergurau sahaja apabila mengatakan dia di depan pintu pagar rumahnya.
Rakan-rakan serumah mengintai-intai dari kaca jendela.
Sejujurnya
dia tidak selesa berdua dengan Khairul Amri. Mereka bukan muhrim. Lagi pun dia
bukan seperti dulu. Tak manis dan tak baik lelaki dan perempuan berdua. Nanti
ada yang ketiga. Dia berharap agar Mustafa dan Izwan ada bersama.
“Mana
Mus dengan Iz?”
“Sebenarnya
kita berdua je. Am tak ajak pun Mus dengan Iz.”
Khairunnisa sedikit terkejut.
“Am
ada benda yang Am nak tanya Khai.”
“
Apa dia?” Dia berdiri ditepi kereta jauh sedikit dari kedudukan Khairul Amri.
“Pertama,
kenapa Khai tak balas e-mel Am dulu? Kenapa Khai senyap je walaupun Khai kata
dah maafkan Am?”
“Khai
kecewa dengan apa yang jadi antara kita. Khai nak lupakan apa yang berlaku.
Khai perlukan masa.”
“Am
ingat Khai dah tak maafkan Am masa tu.” Khairul Amri menyeluk poket seluar.
Kotak cincin dipegang kemas.
“Khai.
Am dah lama tunggu Khai. Am nak akhiri penantian tu Khai. Sudi tak Khai jadi
teman Am untuk selama-lamanya?” Kotak cincin diaju keaju kepada Khairunnisa.
Khairunnisa
yang menyandar di keretanya terdiam sebentar kemudian dia tersenyum kecil
“Am
jumpa ibu dan ayah Khai. Tentukan tarikh nikah bila. Assalamualaikum.”
Khairunnisa memandu pergi tanpa mengambil cincin tersebut. Meninggalkan Khairul
Amri yang terpinga-pinga. Tentukan tarikh nikah? Tidak lama kemudian baru dia
memahami maksud Khairunnisa. Lantas dia bersorak girang.
Kini
perkahwinan mereka sudah genap seminggu. Mereka masih lagi bercuti untuk berbulan madu. Khairunnisa memerhati langit
dari balkoni biliknya. Bintang-bintang terang bertaburan di langit. Sangat
cantik ciptaan Tuhan. Khairul Amri datang berdiri di sebelahnya.
“Menung apa?”
“Teringat."
"Am, janji tau kau jadi kawan, teman,
sahabat aku sampai bila-bila.” Itu lafaz janji masa masih alam budak
hinggusan.
"Aku. Janji dekat kau. Kita akan jadi
kawan,teman,sahabat bersama sampai bila-bila." Sepatah-sepatah diulang
semula janji itu.Khairunnisa tersenyum. Kini janji tu terkota. Mereka teman
sampai bila-bila.
.jpg)
No comments:
Post a Comment