Followers

Tuesday, July 28, 2015

BAB 4


Dear Aisha
Anggap saja saya teman istimewa disini
Memberi hadiah istimewa untuk awak.
Untuk persahabatan yang istimewa.
Semoga hari-hari awak di sini
menjadi kenangan istemewa. 
Have a good day.
Mr. A.M

Dear Mr.A.M
Terima kasih untuk hadiah ini.
Terima kasih menjadi sahabat saya
dengan cara yang istemewa.
Hope you have a good day too.
Aisha.

Sejak hari itu setiap hari dia telah menerima bunga ros origami. Setiap pagi tak pernah miss. Sejak hari kedua dia mula berbalas kad dengan Mr.A.M. Bagi dia tak ada salahnya berkawan secara begitu. Malah dia rasa seronok pula seperti berkawan di alam maya.
Mr.A.M ni bukan secret admire je tapi  staker. Mana tidaknya semua aktivitinya di sekolah di ketahui oleh Mr.A.M. Dia tak la takut. Tapi siapa yang tidak  jadi tertanya-tanya apabila dia diperhati sebegini rupa.
Bukan tak pernah dia cuba selidik tetapi hasilnya menghampakan. Dua tiga kali dia  cuba menangkap Mr.A.M. Setiap kali itu Mr.A.M mengetahuinya. Pernah juga dirisik-risik pada teman-teman sekelas. Dia tetap tak dapat membongkarkan siapa Mr.A.M. Mr.A.M macam hantu. Dia wujud tapi tak dapat dikesan.

Hari itu dia bercadang mahu menangkap Mr.A.M. Ia dua minggu selepas Aisha mendapat bunga pertama. Ini kali ketiga dia memikirkan cara untuk menangkap Mr.A.M. Dia mengajak Te’ah dan Wada tetapi hari itu Wada demam.
“Jom Te’ah” Te’ah mengikuti langkah Aisha setelah memastikan tiada siapa di dalam kelas. Semua orang sudah turun ke perhimpunan.
Aisha dan Te’ah bersembunyi di bilik kecil di belakang meja guru. Bilik suis elektrik sebenarnya. Diintai dari celah pintu. Ditilik jam di tangan. 8.00 pagi. Perhimpunan pagi sudah bermula. Dia tidak turun ke perhimpunan semata –mata untuk mengetahui siapa Mr.A.M. Malangnya tiada seorang pun yang meletakkan bunga origami di bawah mejanya.

Namun selepas rehat dia sudah dapat bunga origami berserta kad. Kalau abang-abang senior yang menumpang kelas semalam mesti dari pagi dia datang bunga itu sudah ada. Bila dia turun tadi tiada terserempak dengan seorang pun senior lelaki. Ke rakan sekelas dia? Tak pun budak dari kelas lain?
“Eddy nampak tak siapa yang duduk kat tempat aku?” Dia bertanya kepada Eddy di tempat duduk depan. Semasa dia pulang tadi Eddy sudah ada di dalam kelas. Mungkin dia tahu.
“Tak ada pulak. Kenapa?”
“Tak ada apalah.” Aisha menggeleng kepala. Dia termenung sebentar. Seingat dia hanya Eddy saja yang ada di dalam kelas ketika itu. Ah. Lupakan jela. Lantak la siapa pun Mr.A.M.
Sejak hari itu dia tidak berminat lagi mahu tahu siapa sebenarnya Mr.A.M ni. Malas pula dia mahu memikirkan Mr.A.M ni Walaupun kadang-kadang dia merasakan dia sudah kenal dengan Mr.A.M. Sudah berkawan lama. 

Perihal bunga origami ini bukan saja diketahui oleh teman rapatnya Te’ah dan Wada. Malah rakan-rakan sebilik yang lain. Mana tidaknya tiap-tiap hari dia keluarkan bunga origami dari dalam beg. Ketika mula-mula dulu dia sorok-sorok simpan dalam kotak.
Seminggu tiada yang perasan. Namun masuk minggu kedua ada saja mata-mata liar yang nampak. Lepas tu mereka mula kecoh. Dari dorm dia sampai pula ke dorm-dorm lain. Di kelas pun sudah kecoh dikalang pelajar perempuan. Yela sebahagian besar mereka duduk di asrama.
Nasib baik juga tidak sampai ke pengatahuan akak-akak exco ataupun para warden. Mereka pun setakat kecoh nak buat bahan gurauan antara mereka. Orang kata masing-masing jaga hal sendiri. Lagi pun kecoh pun seminggu dua selepas tu orang  pun sudah tidak hairan.

Hari Jumaat dan Isnin dia akan dapat dua bunga ros origami. Mr.A.M kata itu untuk hari Sabtu dan Ahad. Nanti biar setiap hari dia dapat bunga. Dia hanya menggeleng kepala. Ada-ada saja Mr.A.M ni.
Segala pemberian Mr.A.M disimpan kemas. Mula-mula dia simpan dalam kotak kasut. Tapi dah banyak dia beli kotak lebih besar. Dia beli kotak itu di Jaya Jusco (JJ) semasa keluar outing dengan Te’ah.
Dia sebenarnya sayang mahu buang semua kad-kad itu. Tiap satu bunga dan kad membawa makna hari yang berbeza untuknya disini. Dia hanya bawa pulang bunga-bunga dan kad-kad ni apabila  pulang ke rumah. Mereka hanya dibenar pulang ke rumah setiap dua minggu,
Jadi jalan terbaik dia serah segala pemberian itu pada Kak  Ain. Sebenarnya Kak Ain salah seorang exco yang dia rapat.Yang dia percaya. Kak Ain selalu buat kerja di bilik belajar Sumayyah.Jadi setiap petang dia serahkan bunga tu masa prep.
Dia tak mahu kantoi pada exco lain kalau ada pemeriksaan asrama.Hanya Te’ah saja yang tahu dia beri semua itu pada Kak Ain. Wada pun tidak bertanya lagi tentang bunga-bunga dan kad-kad itu.

Yang dia risaukan kad-kad yang disimpan bersama bunga-bunga itu. Namun sudah nak menjejak dua bulan semua masih selamat. Menjadi rahsia mereka bertiga. Harapnya hingga habis persekolahan tingkatan 4 semua ini kekal begitu. Walaupun dia sebenarnya tahu semua itu harapan yang tipis. Senipis kulit bawang. 

No comments:

Post a Comment