Followers

Wednesday, April 16, 2014

BAB 3



Dear Aisha.
Cik Melah pergi pekan.
Pergi pekan dengan Intan.
Ku hulur salam perkenalan.
Permulaan sebuah persahabatan.
Have a good day.
Mr.A.M
                                                                                        
“Oi..Termenung.” Te’ah menepuk bahunya. Dia meletakkan tray berisi nasi dan lauk pauk di hadapan lalu menarik kerusi duduk di sebelah Aisha. Wada pula duduk dihadapan mereka.
“Mana ada.” Setelah membaca doa makan dia menjamah nasi di dalam tray.
Waktu makan tengahari itu dia fikiran lebih tertumpu pada bunga berserta kad yang dia dapat pagi tadi. Boleh katakan sepanjang hari dia memikirkan pantun yang tertulis di kad tersebut.
Pagi tadi seperti pagi yang biasa. Selepas perhimpunan di dataran badminton asrama putri untuk pelajar tingkatan 4 Aisha  memasuki kelas. Beg silang digantungkan di  sisi  kerusi. Dia melakukan rutinnya membesihkan laci meja.
Meja ni berkongsi dengan pelajar senior asrama yang ada kelas tambahan malam. Laci meja selalu dipenuhi sampah. Ditarik keluar sampah dari dalam laci. Sampah gula-gula seperti selalu. Diraba-raba lebih dalam. Bunga origami? Dia membaca kad yang ada bersama bunga origami itu. Bunga untuk dia? Mr. A.M?
Tuk..tuk..Tiba-tiba pintu kelasnya diketuk pelahan. Seorang pengawas perempuan mengarahkan mereka turun untuk perhimpunan pagi di Laman Bestari. Dia meletakkan kembali kad dan bunga origami ke dalam laci meja.
Diperkemaskan diri sebelum menuruni tangga ke Laman Bestari. Dipertenggahan jalan dia  terserempak dengan Ansar. Tiba-tiba jantung berdebar tak keruan melihat senyuman Ansar. Dia kaget. Sehabis baik dia menyembunyikan debaran.

Dia meletakkan beg di birai katil sebelum merebahkan diri. Dia baru sahaja selesai prep malam. Selepas habis prep dia terus pulang ke bilik. Tekak dia tak rasa mahu makan supper malam ni.
Dia bangun untuk menukar baju. Di dalam loker dia terlihat bunga origami yang diterima pagi tadi. Di letak bunga di tepi bantal. Dia mencapai baju tidur dan pencuci muka lantas dia ke tandas. Selepas mencuci muka dan menukar baju dia kembali ke bilik.
Dicapai bunga origami di tepi bantal. Direnung tulisan pada kad itu.  Tulisan tangan. Kemas. Macam tulisan perempuan. Tidak pula dia kenal tulisan siapa. Dibelek-belek lagi kad itu. Depan dan belakang.
Dia menarik keluar sebuah diari dari bawah bantal. 14 Ogos 2009. Tarikh hari ini. Dear dairi. Dia termenung sejenak sebelum menyambung tulisan. Diceritakan kepada inche dairi apa yang berlaku pada hari ini.

Diari berkulit tebal dan berwarna biru itu pemberian mama semasa hari jadinya. Mama dan kakaknya Aina datang melawat. Mereka membawa kek dan makanan untuk meraikan hari jadinya minggu lepas. Afiq si adik tak dapat datang.
 Mama beritahu Afiq ada latihan bola sepak untuk  perlawanan persahabatan tidak lama lagi. Abah pula sibuk bekerja. Menguruskan perniagaan dia. Aisha dah maklum kesibukan abah itu sejak dari kecil.Mereka menyambut hari jadinya di wakaf  berdekatan asrama. Dia telah mengajak Te’ah dan Wada turut serta bersama. Te’ah dan Wada sebilik dengan dia.
Dia masih ingat lagi. Te’ah yang mula menegur ketika dia mula mengemas barang di loker selepas pendaftaran.Mereka mula rapat sejak itu. Mereka akan makan bersama dan pergi ke sekolah bersama. Mereka akan turun beriadah bersama. Kadang kala lepak bersama di tangga pada waktu rehat.
Boleh katakan kebanyakkan masa mereka habiskan bersama. Sebenarnya dia lebih rapat dengan Te’ah berbanding Wada. Dengan Te’ah banyak yang diceritakan dikongsikan tentang kehidupannya. Te’ah juga begitu. 

            Setiap malam sepanjang malam beranda dihuni oleh pelajar-pelajar yang stay up. Di beranda tu bergilir-gilir orang yang menggunakan. Tidak pun di depan pintu dorm. Boleh dikatakan  hampir setiap malam dia,Te’ah dan Wada akan duduk di kaki lima di depan dorm.
Beralaskan tikar dan dibantu lampu koridor yang malap. Ditemani kerja-kerja sekolah yang tak sempat dihabiskan ketika prep. Atau yang diskip waktu prep petang kerana tidur gara-gara penat buat amali.
Malam hujung minggu di asrama juga kadang kala dihabiskan di situ dengan memerhati bintang di langit sambil minum milo dan makan biskut. Selain menonton television di bilik tv ataupun membaca buku di perpustakaan mini.
“Mana Te’ah?” Aisha bertanya kepada Wada dengan mata tak berkalih dari latihan Mode Math di hadapan. 
“Tengah cakap ngan Sharul.” Kata Wada yang sedang melukis litar di papan LK.
Kadang-kadang Te’ah tiada apabila dia bercakap dengan ‘abang sayang’nya. Lain pula dengan mereka yang tiada ‘abang sayang’. Dia mahupun Wada tidak berminat dengan cinta semasa zaman persekolahan ini.

Bukan tiada seorang dua abang senior ataupun rakan sebaya yang cuba memikat dia. Tapi dia betul-betul tidak berminat. Ada kekasih atau tidak sama saja. Lebih leceh dirasakan bila ada kekasih zaman sekolah. Lihat saja teman sekeliling. Banyak sebenarnya duit dan masa yang dihabiskan bila ada teman istimewa ni.

 Ansar. Lelaki yang dia suka dalam diam. Pernah juga dia terfikir Ansar ada kekasih hati ke? Tapi dia sendiri mengambil sikap tak mahu ambil tahu selepas itu. Lagi pun dia hanya meminati dalam diam dan tidak mahu lebih dari itu.
Kalau la Ansar ajak dia berpacaran pun tidak akan diterima. Baginya dia memilih menikmati manis alam persekolahan bersama kawan-kawan dari berkasih di zaman sekolah. Pada bulan dia tersenyum menjadi saksi ikrar di dalam hati dia tak mahu berpacaran di alam persekolahan.
Perihal Mr. A.M tak mahu difikir jauh. Bertemu atau tidak dengan Mr.A.M terpulang pada Mr.A.M sendiri. Buat sakit kepala jika difikirkan. Antara dia dan Mr.A.M hanya diserah pada takdir.
Kalau Mr.A.M mahu berkawan dia tidak kisah.Tapi jika lebih dari itu dia akan berterus terang. Jika Mr.A.M mahu jadi Mr.Secret Admire sampai bila-bila pun dia tidak kisah. Yang penting dia tak perlu jaga hati atau patahkan hati sesiapa di kemudian hari.



No comments:

Post a Comment