A’ah perhatikan Farhana. Teman
sebelah melontar pandangan ke tengah padang. Di wajahnya terukir senyuman
segaris. Ada sesuatu ke yang lucu di tengah padang tak berorang tu? Tidak pun
pertanyaan dia yang belum terjawab yang kedengaran lucu di telinga Farhana. Dia
masih menanti jawapan.
“Sejak dia tegur Ana masa makan malam sebelum orentasi
asrama bermula.“ Farhana memandang A’ah di sebelah.
“Maknanya sejak hari pertama kita
masuk sekolah ni kau dah suka dia?!” A’ah bertanya dengan rasa teruja. Farhana menganguk
kepala. Dia menceritakan kembali saat pertama dia dan Amir bertemu.
“Awak..”
Mamat tu panggil aku ke?Mak ai
hensemnya mamat ni. Eh entah-entah mamat tu bukan panggil aku. Dia bermonolog
sendirian. Dia pandang keliling hanya dia sorang je di situ. Setapak-setapak
mamat itu melangkah. Sah mamat tu datang ke arah dia.
“Saya rasa baik awak tukar baju
lain. Kain awak nampak jarang sangat. Assalamualaikum.” Lepas cakap begitu mamat
tu pergi ambil makanan kemudian dia rasa macam dengar bunyik cengkerik. Krik.
Krik. Dia pandang kainnya. Nampak saja Gina datang dia terus minta diri naik
bilik.
“Kau fall
in love dengan mamat yang sound
direct kat kau!Peah gila ah.. Pak ustaz tu.Eh tak-tak. Dia tu bakal Imam
Muda.” Lepas tu mereka gelak kecil. Amir memang
berpewatakan seperti pak ustaz pun.
“Hati Ana bedebar-debar.
Rasa tak keruan bila dia pandang Ana waktu
tu. Jantung Ana berdegup laju apabila mata
dia menatap mata Ana. A’ah rasa
itu ke cinta pandang pertama? “ Mata yang ditala ke tengah padang dialih ke
teman sebelah. A’ah hanya angkat bahu. Sejujurnya dia pun tak pasti macam mana
cinta pandang pertama itu. Tapi kes si Farhana-Amir ni nampak gayanya macam ya.
***
Amir menuju ke tandas. Dalam perjalanan dia terserempak
dengan Farhana.
“Hai,Amir.”
Farhana
menyapanya dengan ramah dan ceria. Seperti selalunya jika mereka bertemu
di mana-mana . Dia yang menegur dahulu. Dia bersama seorang rakan sekelasnya .
“Assalamualaikum,Farhana.
Kan lebih elok bagi salam. Awak doakan saya. Saya pun boleh doakan awak balik.
“
“Opps..sorry
saya lupa. Walaikumusalam,Amir.”Dia menjawab salam dengan senyuman manis.
“Okaylah
saya nak balik kelas.Bye,Amir.”
Farhana mendaki tangga menuju ke kelasnya di tinggkat dua.
Farhana si gadis kecil molek. Mereka kenal sewaktu orentasi asrama dahulu.
Farhana sesuai dengan namanya. Seorang yang ramah dan ceria. Sesiapa saja pasti
senang dengan keletahnya. Dia juga sentiasa tersenyum yang menampakkan lesung
pipit di pipi kanan. Tampak manis dan menyerlahkan kecomelan di wajahnya yang bujur sirih.
Amir menghantar langkah Farhana
dengan ekoran mata. Gadis kecil molek ni bukan sahaja ceria tetapi berani juga.
Berani meluahkan perasaanya. Dia tak akan lupa sampai bila-bila. Waktu itu dia
baru sahaja selesai latihan pidato di kelas 4 ABM.` Farhana datang menyapa. Dia
menemani kawan baiknya Farihah atau A’ah. A’ah satu kumpulan pidato dengan
Amir. Mereka akan bertanding pertandingan pidato antara kelas tingkatan 4.
“Amir,saya ada benda nak beritahu
awak..Saya...saya..” Farhana mula tergagap-gagap. Dipandang A’ah disebelah yang
sudah mencuit-cuit. Farhana cuba menyusun ayat. Ditarik nafas sedalamnya.
“Ada apa,Farhana? Cakap je la.”
“Saya..saya suka awak. Okay awak
tak perlu bagi jawapan apa-apa. Saya
cuma nak bagitau perasaan saya je. Assalamualaikum.”
Selepas itu Farhana dan A’ah
berdesup pergi. Dia tergamam. Dia mendapatkan Ijam di luar kelas. Di sepanjang
jalan pulang ke asrama dia memikirkan kata-kata Farhana. Hampir saja dia
melanggar pintu pagar asrama yang besar gedabak tu kalau tak ditegur Ijam.
Pertama kali dalam sejarah hidupnya seorang perempuan meluahkan perasaan pada
dia. Dia memang tak pernah ada kaitan dengan perkataan suka-sayang -cinta dengan perempuan. Never. Nehi. La’k. Sebab dia tak ambik pusing pasal cintan-cintun zaman sekolah. Dia tak
terasa nak habis duit dekat orang yang belum tentu jodohnya. Selepas itu
Farhana berlagak seolah-olah perkara itu tak pernah berlaku. Dia mulanya agak
kekok tapi selepas itu dia pun tak ambil pusing lagi. Farhana sendiri juga
cakap yang dia tak meminta Amir memberi apa-apa jawapan pada luahan hati dia.
***
Kini mereka di tingkatan lima.
Makin kerap pula mereka berjumpa. Sama ada semasa aktiviti sekolah mahupun
asrama. Petang itu pesatuan pegakap akan mengadakan aktiviti perkhemahan
kawasaan lapang depan bengkel Ek/En dan KFL.
Amir membetulkan kedudukan wogel
di scarf. Dia meletakkan beg di bangku wakaf
Taman Herba. Dia menilik jam di tangan kiri. Awal lagi ni. Disini pun
tiada orang lagi. Dia menala pandangan ke pejabat warden. Perlahan-lahan di menapak ke arah pejabat
warden.
Farhana memutar-mutar pen di meja membuat heli spin. Dia keseorangan di pejabat
warden. Sebetulnya dia dan Nik bertugas
di pejabat warden hari ni. Nik naik ambil buku yang tertinggal di dorm. Haih
lama pulak Nik ni ambil buku. Dia dah kebosanan. Farhana yang melihat
kedatangan Amir pantas menyapa. Putaran pen terhenti sendiri tidak dipeduli.
Tuan pen sudah ada teman bicara.
“Awak jangan marah tau. Ni
nasihat sebagai kawan je. Awak dah cantik pakai tudung ni.Tapi kan lagi cantik
kalau labuh sikit. Ha! Macam Le’a kawan kelas saya.”Amir meminta diri apabila
melihat rakan-rakan lain sudah sampai.
“Farhana..”tiba-tiba Amir memanggil Farhana. Farhana mengakat muka
dari buku Sejarah.
“Kalau kita nak berubah biarlah
bukan kerana seseorang.Berubah kerana kita ingin dekat dengan Allah.Okay?”kata
Amir. Farhana hanya mengangukkan kepalanya.
***
Farhana merenung kosong ke tengah
padang. Dia cuba mencari ketenangan dengan duduk berseorangan di sini.
“Farhana “ Dia berpaling. Amir
yang datang entah dari arah mana menegur dia.
“Awak buat apa di sini?Awak
sorang je ek?”
“Ye.Saya sorang je. “
“Awak buat apa kat sini
,Amir?”Direnung wajah Amir yang kerisauan.Macam kucing hilang anak. Kelakar
betul tapi dia tak ada mood nak ketawa
sekarang ni.
“Ah..kejap lagi kami nak main
bola. “
“Oh macam tu saya pergi dulu la”
“ Eh tak pe. Dia orang pun tak turun lagi. “
“Ijam , kita tunggu kat sini la.”
Amir berpaling pada Ijam yang sedang menimbang bola. Sudah kebiasaannya
Ijam menimbang bola sebelum bermain.
Hobi katanya.
“Hem” berkata Ijam dengan mengangguk
kecil sambil menimbang bola. Amir berpaling semula ke arah Farhana. Dia duduk
berhampiran kerusi yang diduduki Farhana. Jarak yang diduduki cukup untuk
mendengar suara Farhana. Pertanyaan dia dibalas keluhan. Keluhan berat ibarat
Farhana menaggung masalah yang sangat besar .
“Apa perasaan awak kalau kawan
awak dapat kawan baru lepas tu dia macam buat tak endah pada awak?”Farhana
mengutarakan soalan sarkastik. Pandangannya dihala ke tengah padang. Amir turut
melihat ke tenggah padang. Oh masalah kawan rupanya. Ingat masalah apa tadi.
Hai orang perempuan ni sensitif sangat.
“ Saya mesti rasa pelik. Jadi
mesti cepat-cepat tanya dia. Mana tau saya ada buat salah ke sebab tu dia buat
macam tu pada saya. Dah lama kawan tak mungkin sebab dia ada kawan baru dia tak
pedulikan saya.” Wajah Farhana dicuri pandang dari hujung mata.
Farhana menundukkan pandangannya. Sedar dia yang terlalu
terburu-buru membuat kesimpulan. Terdengar riuh rendah pelajar lelaki menuju ke
padang. Farhana memasukkan buku lukisan bersaiz A5 ke dalam beg hitam dengan
tulisan BILLABONG berwarna putih lalu menyandang beg itu. Kebiasaan dia akan melukis ketika merasa
sedih. Lebih kepada menconteng sebenarnya.
“Amir, terima kasih sebab dengar
masalah saya. Saya pergi dulu Assalamualaikum.”
“Farhana, Kawan saya pernah
cakap. Kawan itu untuk dikongsi bukan untuk dimiliki.” Farhana berlalu pergi.
Hatinya terasa lapang sangat. Dia sudah mempunyai jalan penyelesaian.
Farhana mencari A’ah di biliknya.
Setelah berbual barulah dia tahu rupa-rupanya A’ah belajar bersama kumpulan
pengakap pada setiap petang. A’ah dan Yan sekelas dan satu persatuan pengakap. Rupa-rupanya dia
yang terlalu terasa hati tanpa usul periksa. A’ah mengajak dia menyertai
kumpulan belajar bersama persatuan pengakap.
***
Farhana duduk bersama A’ah. Mereka sengaja datang awal . Yan
lambat sedikit. Sakit perut katanya
“Ana! Aku stress!” A’ah sengaja
menguatkan suaranya seakan-akan dia dan Farhana duduk berjauhan. Lagaknya seperti mahu
menjerit.Mereka menghadap taman cendawan mini.
“A’ah! Kenapa A’ah stress?!”
Farhana segaja buat perkara yang sama. Kemudian mereka berbalas kata. Akhirnya kedua-duanya tergelak
kecil.
“Ana! Kau suka siapa?” A’ah
bertanya dengan muka keji.
“A’ah! A’ah tau Ana suka siapa?”
“ Tau!Kau suka Amir!”Kata A’ah
dengan mata yang bercahaya.
“Hah!Ana suka Amir?”Farhana dan
A’ah serentak berpaling ke belakang. Beberapa orang ahli pengakap sudah sampai.
Amir juga ada. Farhana pasti mereka mendengar kata-kata A’ah sebentar tadi. Ya
Allah malunya tak tau nak cakap macam mana. Rasa hendak menyorok bawah meja
waktu tu juga. Dicuri pandang wajah Amir yang tak beriak.
“Eh tak la. A’ah ni suka je
merepek.”A’ah hanya tersenyum sumbing. Tidak lama kemudian Farhana meminta diri
ke tandas. Sebenarnya nak menyembunyikan rasa malu.
Bukan Amir tidak perasan muka Farhana yang putih susu itu
sudah mulai merah. Dia hanya tersenyum.
***
Amir menuju ke kantin. Hampir
semua sudah hadir. Tepat jam 2.30 petang mereka memulakan sesi study group.Hari ini mereka akan
mengulang kakaji pelajaran bahasa Melayu . Sepatutnya hari ini giliran Farhan,
A’ah dan Yan yang akan jadi tutor.
Baru dia perasan Farhana tiada bersama mereka hari ini.
“Farhana mana? Dia tak datang?”
Dia bertanya kepada A’ah yang sedang membahagikan kertas soalan.
“Dia..dia tak dapat datang.”
“Kenapa?”
“Dia ada masalah sikit. Dia nak study sorang.”
Hari itu Amir tidak dapat
menumpukan sepenuh perhatian pada perbincangan study group mereka. Dia gusar apabila mendengar Farhana mempunyai
masalah. Hatinya bagai rasa bertanggungjawab untuk mengetahui masalah Farhana.
Sebelum pulang dia berjumpa A’ah.
Riak wajah A’ah sedikit gusar.
Patut ke dia memberitahu perihal Farhana kepada Amir. Terbayang wajah sayu
Farhana sebelum dia ke sini. Sisa-sisa air mata jelas di wajahnya. Dipandang
wajah Amir yang penuh pengharapan. Ditarik nafas sedalam-dalamnya.
“Ana tengah sedih sebab adik dia
kemalangan. Sekarang adik dia koma di wad ICU. “
“Dia tak balik rumah?”
“Hujung minggu ni baru dia
balik.”Amir mengaguk kecil mendengar jawapan A’ah. A’ah berjalan pulang bersama
Yan.
Farhana duduk di pinggir padang
dengan sisa air mata . Bagaimana dengan keadaan adiknya Farhan? Adiknya sudah
sedar ke? Dari semalam dia menangis sehingga matanya sembab.Dia dapat tahu
mengenai adiknya waktu tenggahari semalam. Adiknya dilanggar kereta sewaktu
melintas jalan untuk ke kedai seberang sekolah. Abah tidak bagi dia pulang
menjeguk Farhan. Kata abahnya kalau dia balik pun tiada apa yang boleh
dilakukan.
Tiba-tiba suatu suara menegur
dari belakang. Di kesat sisa-sisa air mata diwajah. Dia berpaling. Amir?
Mengapa setiap kali dia merasa sedih pasti Amir akan menemuinya di sini.
“Awak okay?”
Dia menghulur sehelai tisu. Farhana menyambut
tisu pemberian Amir. Amir cuba berbual dan memberi semangat kepada Farhana. Entah
dimana silapnya Farhana merasa tersinggung dengan kata-kata Amir.
“You don’t know nothing about my family. Don’t act that you know
everything.
Bloody retard, my brother are dying!” Farhana berlalu pergi
meninggalkan Amir terkulat-kulat di situ.
Semalam dia melawat adiknya di
hospital. Selepas kejadian dia dan Amir tiga hari yang lepas dia kini lebih
tenang. Selepas mendengar nasihat A’ah dia mengambil keputusan meminta maaf
kepada Amir.
Amir serba salah untuk berjumpa
dengan Farhana. Walaupun A’ah kata Farhana sudah tidak marah lagi
kepadanya. Dia mengengam tali beg kertas
yang dipenggangnya.
“Farhana, saya minta maaf. “
“Tak pe saya yang salah. Saya
yang patut minta maaf sebab cakap macam tu.”
“Em..Nah.” Amir menghulur beg
kertas sederhana besar kepada Farhana.
“Panda ?”
“Amir dapat masa main mesin anak
patung kat fun fair.”kata Faiz.
“Sungguh-sunguh dia nak dapat
patung tu.”Dipijak kaki Ijam dan Faiz. Sibuk je la budak berdua ni. Bagi malu
aku je. Dia dah jengkil-jengkil mata kat budak berdua tu.
“ Awak tengokkan cerita Kung Fu
Panda? Awak macam Po dalam cerita tu. Saya harap awak akan jadi lebih tabah
macam dia jika awak ditimpa musibah. Jadi ceria balik.Okay”Dia buat simbol o dengan tangan kiri.
“Terima kasih Amir.”
“Oh ya. Awak boleh bagitau apa je dekat panda ni.Lepas ni
jangan pendam-pendam tau..” Amir menyampai pesanan akhir sebelum berlalu pergi
dengan Ijam dan Faiz.
***
Badan pengawas telah ditugaskan
menguruskan sambutan Hari Guru. Amir sebagai ketua pengawas telah membuat keputusan untuk membuat background di belakang pentas dengan
menggunakan kayu dan cat air. Farhan
menemani A’ah yang menjadi salah seorang AJK Unit Kecerian untuk program Hari
Guru. Farhana sepertia biasa dengan gelagat riuhnya. Dicapai salah satu bintang
yang siap dipotong dan diwarnakan.
“Ana..kau nak buat apa tu?”A’ah
bertanya apabila melihat Farhana mengeluarkan telefon bimbit dari kocek baju.
“Ana nak tangkap gambar macam
dalam cerita My Girl.” Farhana posing
seperti dalam salah satu scene drama
korea yang ditontonnya.
Amir hanya tersenyum mendengar
kata-kata Farhana. Macam-macam la Farhana ni Amir bermonolog. Amir terhiris
jarinya kerana terleka dengan teletah Farhana. Mendengar jeritan kecil dari
Amir masing-masing memberhentikan kerja. Farhana mendapatkan Amir. Dihulur sapu
tangan berkait huruf A di hujungnya
kepada Amir. Dengan ilmu PBSM dibantu Amir. A’ah mendapatkan kotak First Aid.
Keesokannya Amir ingin memulangkan sapu tangan itu tetapi Farhana menolak.
Akhirnya Amir menyimpan saja sapu tangan itu.
***
Farhana yang memakai baju PBSM menjadi AJK Unit
Kecemasan seperti tahun lepas. Dia tidak memasuki sebarang acara sukan kerana
dia mempunyai penyakit asma. Dia memerhatikan acara terakhir. Acara lari pecut
800 meter. Amir memasuki acara itu mewakili rumah biru. Dia dan Amir dalam satu
rumah sukan yang sama.
Acara sukan sudah habis. Para
pelajar bertebaran di merata tempat. Farhana duduk bersama rakan-rakannya di
belakang khemah biru. Mereka duduk di
bawah khemah sementara menunggu majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
Mereka asyik bercerita. Tiba-tiba Gina bertanya mengenai hubungan dia dan Amir.
Hanya Amir seorang yang memanggil dia dengan nama penuh.Farhana terimbau
kembali sewaktu orentasi asrama mereka.
“Farhana..nah awak punya
pen.”Amir menghulurkan pen Faster jenis ball
pen.
“Amir awak panggil je saya Ana.”
Macam pelik pun ada juga bila ada orang memanggil dia dengan nama penuh.
“ Kalau saya panggil awak Farhana
bolehkan? Ana dengan Hana macam sama je.” Kata Amir merujuk kepada Hana Amylia
salah seorang ahli kumpulan orentasi mereka.
“Suka hati la.”kata Farhana
Dari jauh Amir perhatikan Farhana
dengan rakan-rakannya. Kawasan sekitar khemah tampak lenggang. Dia menuju ke
arah mereka. Dia meminta Farhana mengejutkan dia apabila penutupan acara sukan
akan bermula. Berbantalkan beg sandangnya dia tidur berhampiran Farhana.
Mukanya ditutup dengan sapu tangan pemberian Farhana. Semua mata terarah pada Farhana.
Dia mengerti pandangan mereka. Sapu tangan ditangan sama dengan sapu tangan
digunakan oleh Amir. Dengan kedudukan mereka sekarang mana mungkin orang akan
percaya mereka tiada apa-apa hubungan. A’ah cuba menukar tajuk perbualan. Dia
memahami keadaan Farhana ketika ini. Amir pula tidak takut ke orang bercerita
tentang dia dan Farhana.
Pengacara majlis telah
mengumumkan acara penutupan sebentar lagi. Dia bergerak ke tengah padang
setelah mengejutkan Amir. Tiba-tiba Amir duduk dihadapannya. Dia terkejut.
Makin lama makin aneh sikap Amir ni.
***
Amir berbaring di atas katil.
Matanya merenung papan alas katil di atas. Ijam di sebelah menyusun segala buku
dan kertas ke dalam kotak. Selesai sudah
peperiksaan SPM.Esok Ijam akan pulang dengan ayahnya.
“Mir, kau balik pukul berapa ni?”
Ijam bertanya sambil menyusun buku-buku. Dia memandang Amir. La termenung pula
si Amir padanla pertanyaannya tidak dijawab.
“Amir,Kau fikir apa?” Di cuit
sedikit kaki Amir.
“Farhana..”
“Ha?!”
“Apa aku cakap tadi?” Amir
bertanya kembali apabila mendengar riak terkejut dari Ijam. Mesti dia sudah
tersalah cakap.
“Kau sebut nama Ana. Kenapa?”
“Tak ada apalah.”Amir mencapai
baju-baju di dalam loker besi.Diasingkan baju-baju dan penyangkutnya.
Barang-barang sudah di kemas sejak semalam. Hanya beberapa helai baju di loker
besi yang belum dikemaskan.
“Kau suka Ana ek?”tiba-tiba Ijam
megutarakan pertanyaan. Terlepas baju dan penyangkutnya di tangan Amir
mendengar pertanyaan Ijam.
“Entahlah.”
“Kalau suka tu cakap je la takut
nanti menyesal pulak.”
Dia duduk termenung. Dia sendiri
tidak dapat menafsirkan apa yang dia rasa terhadap Farhana. Dia mengambil poskad
kosong dari dalam loker.Lama ditelek poskad itu kemudian dia mengambil pen dari
bekas pensel. Dia letak poskad itu diatas katil sebelum menyarung baju rasmi
asrama. Lalu dia mengajak Ijam turun ke pejabat warden.
“Mia...siapa nak jumpa aku?” Kata
Farhana dengan manja.
“Farhana..”Dia berkalih apabila
mendengar namanya dipanggil. Macam Amir. Mustahilla Amir yang mahu berjumpa
dengannya.
“Saya ada benda nak cakap dengan
awak sekejap. Sebenarnya saya dah nak balik. Em..Nah”
“Apa ni?”tanya Farhana dengan dahi
berkerut
“Awak bacala. Saya pergi dulu ek.”
Dia mengajak A’ah pulang ke bilik. Dia berpandangan dengan
A’ah. Pelahan-lahan dia membuka sampul surat di tangan. Poskad berlatar
belakang gunung Kinabalu. Dia dan A’ah
menjerit keriangan setelah membaca poskad itu. Amir telah meninggalkan nombor
telefonnya.
Assalamualaikum Farhana.
Terima kasih kerana telah menceriakan
hari-hari saya di sekolah ini. 2 tahun di sini dengan kehadiran awak adalah
kenangan terindah dalam hidup saya. Awak.. Saya tak tahu sejak bila. Saya juga
sukakan awak. Good Luck for your final paper.
Yang benar
Amir
No comments:
Post a Comment