Followers

Tuesday, July 28, 2015

BAB 5


Dear Aisha
Awak pergi program PBSM ye?
Awak ni memang aktif kan.
Jadi ahli underground lagi. Hehe.
Okaylah saya ucapkan Selamat Berpuasa.
Have a good day.
Mr. A.M

PBSM merangka banyak program di bulan puasa. Salah satu program gotong royong.  Program gotong royong membersihkan kubur di Tanah Perkuburan Lata Kajang. Minggu ini minggu pulang ke kampung bagi pelajar asrama.
Bulan puasa ni mereka tiada pertandingan Teakwando. Jadi dari dia tidak berbuat apa di rumah lebih baik dia menyertai program ini. Ini program kedua Aisha sertai ahli-ahli PBSM.
Mereka akan pergi ke sana sendiri. Jadi lebih kurang pukul satu pelajar perempuan akan bersama-sama menaiki bas ke Masjid Lata Kajang. Mereka menunaikan solat zuhur di sana.
Mereka berkumpul selepas selesai solat Jumaat dan menukar baju. Eddy memberi sedikit taklimat dan peralatan kepada mereka. Mereka bertebaran membersihkan kawasan perkuburan.

. “Ini lah kubur ayah aku.” Eddy menunjukkan kubur ayahnya. Di bersihkan batu nisan di kubur ayahnya. Melihat kubur milik ayah temannya Aisha tertanya-tanya bagaimana rasa hilangnya orang yang kita sayang. Tambahan pula menyambut Hari Raya  tanpa mereka.
Eddy baru kehilangan ayahnya. Setahun yang lepas. Tak dapat dibayangkan jika dia ditempat Eddy. Menerima kehilangan seorang ayah ketika dia bertarung dengan peperiksaan PMR. Dia mungkin tak sekuat itu. Meskipun dia lebih rapat dengan mama berbanding abah.
Dia menadah tangan. Di dalam hati dia menyedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Pak Cik Abu Bakar. Dari jauh perlakuaannya di perhati sepasang mata bundar. Apabila ditegur pemilik mata bundar itu meneruskan kerjanya.

“Adoi.”Aisha melepaskan keluhan. Dia duduk di tangga masjid. Shifa di sebelah menaip mesej di telefon bimbit.
“Penat?” Shifa bertanya. Dia menoleh ke arah Aisha.
Aisha mengangukkan lemah. Pandangan di lempar ke hadapan. Apabila puasa melakukan kerja gotong royong sikit sudah lemah. Lagipun dia jarang bergerak aktif semasa bulan puasa. Macam  manalah orang Islam dulu berperang waktu puasa?
 Aisha mengesat peluh yang menitik di dahi. Di kibas pula wajah yang kepanasan dengan tuala kecil yang dibawa. Wajah putihnya sudah merah seperti udang kena bakar. Mereka sudah habis membersihkan kawasan perkuburan. Sementara menuggu giliran untuk mandi mereka berehat sebentar.
“Aisha jom mandi.” Wada mengajak. Tuala mandi sudah disangkut ke leher.
“Tolong tarik. Tak larat.” Kata Aisha sambil buat muka kesian.
“Mengada-ngada. Meh.” Kata Wada sambil menghulur tangan. Aisha ditarik bangun.
Dari tempat wuduk lelaki sesorang memerhatikan memerhati perilaku mereka.

“Aisha hulur kurma.” Pinta Syifa' dihadapan.
"Nah." Aisha mengambil kurma di sebelah kanan lalu dihulur pada Syifa'.
Malam ini mereka menunaikan solat tarawikh serta  berbuka di masjid ini.
Jarang dia berbuka di masjid. Selalu lepas berbuka baru dia dan keluarga ke masjid untuk solat isyak.
Selepas habis program Aisha akan mengikut Te’ah pulang ke rumahnya. Ini kali kedua dia tidur di rumah kawan. Kali pertama dulu dia pergi ke rumah Aten. Masa tu dia mahu ke Mid Valley. Biasanya kakak akan membawa dia keluar tapi minggu itu kakak sibuk. Jadi dia bercadang mahu menaiki komuter ke sana.
Dia bertanya arah ke komuter ke Mid Valley kepada Aten memandangkan rumah Aten di kawasan situ. Aten pula mengajak untuk tidur dirumahnya. Dia bermalam di rumah Aten dan menghabiskan hujung minggu bersama Aten setelah meminta persetujuan mama. Itu pertama kali dia tidak berjumpa keluarga dalam sebulan.  

“Terima kasih,Ustazah.” Ucap Aisha dan Te’ah.
“Hati-hati.” Ustazah Yasmin menitip pesan.
Aisha menutup pintu kereta Ustazah Yasmin. Ustazah Yasmin menghantar mereka di depan Mydin untuk menaiki bas ke Meru. Dari Mydin mereka menyusuri lorong ke stesyen bas di belakang.
 Teringat dia kali pertama menaiki bas dari stesyen bas pekan Klang ke sekolahnya. Nyaris dia menaiki bas yang salah. Pada hemat dia semua bas akan menuju arah yang sama. Mujur ada yang menegur.
“ Awak Aisha kan?" Tanya seorang budak lelaki. Aisha yang sedang beratur menaiki bas menganguk kepala. Budak lelaki itu memakai baju batik asrama yang serupa dengannya.
"Awak salah bas. Ni bukan bas pergi arah sekolah. Jom."
Dia sempat melihat papan tanda di tingkap hadapan bas. Pandamaran Jaya. Dia mengikuti budak lelaki itu menaiki bas ke Bukit Tinggi. Mujur kalau tidak tak tau bagaimana mahu berpatah balik.
Dia menuju ke bahagian belakang bas. Kelihat sekumpulan pelajar berpakaian seragam sekolah dan berbaju batik sepertinya. Ada dua tiga orang senior yang dia kenal. Dia duduk di depan budak lelaki tadi.
"Abang. Gebong." Budak lelaki tadi memperkenalkan diri.
"Ceh abang konon.Puih." Kata Kak Basyirah yang setentang dengan dia sambil mencemik muka. Kak Basyirah salah seorang Exco Aspuri.
“Betulla aku kan lagi tua dari  dia.” Gebong mempertahankan diri.
“Yela.. a..bang.. Ge..bong..” Kata Kak Nanad disebelah Kak Basyirah.
"Awak tak biasa naik bas ting-tong ye?" Tanya  seorang budak lelaki yang duduk di sebelah Gebong.
“A’ah.” kata Aisha sambil mengangukkan kepala.
“Nasib baik tak naik bas tadi.” ujar Kak Basyirah perihatin.
Mana la dia tahu. Dulu dia duduk di asrama tetapi di sebelah kampung tempat  tinggal dia saja. Balik pun keluarga yang menjemput. Di tempat tinggalnya sudah tiada bas begini. Mahu menaiki transit awam yang paling dekat stesyen komuter.

Sampai di suatu simpang Te’ah turun dari bas. Dia mengikuti langkah Te’ah. Terdapat sebuah kereta proton tak jauh dari situ. Te’ah menuju ke arah kereta itu. Abang saudara Te’ah sudah sedia menunggu.

Dia menutup rapat pintu kereta. Rumah Te’ah  dikawasan lebih kurang dalam kawasan kampung walaupun dekat dengan taman-taman perumahan baru. Keliling kawasan rumah dia adalah kawasan rumah saudara-mara dia juga. 

BAB 4


Dear Aisha
Anggap saja saya teman istimewa disini
Memberi hadiah istimewa untuk awak.
Untuk persahabatan yang istimewa.
Semoga hari-hari awak di sini
menjadi kenangan istemewa. 
Have a good day.
Mr. A.M

Dear Mr.A.M
Terima kasih untuk hadiah ini.
Terima kasih menjadi sahabat saya
dengan cara yang istemewa.
Hope you have a good day too.
Aisha.

Sejak hari itu setiap hari dia telah menerima bunga ros origami. Setiap pagi tak pernah miss. Sejak hari kedua dia mula berbalas kad dengan Mr.A.M. Bagi dia tak ada salahnya berkawan secara begitu. Malah dia rasa seronok pula seperti berkawan di alam maya.
Mr.A.M ni bukan secret admire je tapi  staker. Mana tidaknya semua aktivitinya di sekolah di ketahui oleh Mr.A.M. Dia tak la takut. Tapi siapa yang tidak  jadi tertanya-tanya apabila dia diperhati sebegini rupa.
Bukan tak pernah dia cuba selidik tetapi hasilnya menghampakan. Dua tiga kali dia  cuba menangkap Mr.A.M. Setiap kali itu Mr.A.M mengetahuinya. Pernah juga dirisik-risik pada teman-teman sekelas. Dia tetap tak dapat membongkarkan siapa Mr.A.M. Mr.A.M macam hantu. Dia wujud tapi tak dapat dikesan.

Hari itu dia bercadang mahu menangkap Mr.A.M. Ia dua minggu selepas Aisha mendapat bunga pertama. Ini kali ketiga dia memikirkan cara untuk menangkap Mr.A.M. Dia mengajak Te’ah dan Wada tetapi hari itu Wada demam.
“Jom Te’ah” Te’ah mengikuti langkah Aisha setelah memastikan tiada siapa di dalam kelas. Semua orang sudah turun ke perhimpunan.
Aisha dan Te’ah bersembunyi di bilik kecil di belakang meja guru. Bilik suis elektrik sebenarnya. Diintai dari celah pintu. Ditilik jam di tangan. 8.00 pagi. Perhimpunan pagi sudah bermula. Dia tidak turun ke perhimpunan semata –mata untuk mengetahui siapa Mr.A.M. Malangnya tiada seorang pun yang meletakkan bunga origami di bawah mejanya.

Namun selepas rehat dia sudah dapat bunga origami berserta kad. Kalau abang-abang senior yang menumpang kelas semalam mesti dari pagi dia datang bunga itu sudah ada. Bila dia turun tadi tiada terserempak dengan seorang pun senior lelaki. Ke rakan sekelas dia? Tak pun budak dari kelas lain?
“Eddy nampak tak siapa yang duduk kat tempat aku?” Dia bertanya kepada Eddy di tempat duduk depan. Semasa dia pulang tadi Eddy sudah ada di dalam kelas. Mungkin dia tahu.
“Tak ada pulak. Kenapa?”
“Tak ada apalah.” Aisha menggeleng kepala. Dia termenung sebentar. Seingat dia hanya Eddy saja yang ada di dalam kelas ketika itu. Ah. Lupakan jela. Lantak la siapa pun Mr.A.M.
Sejak hari itu dia tidak berminat lagi mahu tahu siapa sebenarnya Mr.A.M ni. Malas pula dia mahu memikirkan Mr.A.M ni Walaupun kadang-kadang dia merasakan dia sudah kenal dengan Mr.A.M. Sudah berkawan lama. 

Perihal bunga origami ini bukan saja diketahui oleh teman rapatnya Te’ah dan Wada. Malah rakan-rakan sebilik yang lain. Mana tidaknya tiap-tiap hari dia keluarkan bunga origami dari dalam beg. Ketika mula-mula dulu dia sorok-sorok simpan dalam kotak.
Seminggu tiada yang perasan. Namun masuk minggu kedua ada saja mata-mata liar yang nampak. Lepas tu mereka mula kecoh. Dari dorm dia sampai pula ke dorm-dorm lain. Di kelas pun sudah kecoh dikalang pelajar perempuan. Yela sebahagian besar mereka duduk di asrama.
Nasib baik juga tidak sampai ke pengatahuan akak-akak exco ataupun para warden. Mereka pun setakat kecoh nak buat bahan gurauan antara mereka. Orang kata masing-masing jaga hal sendiri. Lagi pun kecoh pun seminggu dua selepas tu orang  pun sudah tidak hairan.

Hari Jumaat dan Isnin dia akan dapat dua bunga ros origami. Mr.A.M kata itu untuk hari Sabtu dan Ahad. Nanti biar setiap hari dia dapat bunga. Dia hanya menggeleng kepala. Ada-ada saja Mr.A.M ni.
Segala pemberian Mr.A.M disimpan kemas. Mula-mula dia simpan dalam kotak kasut. Tapi dah banyak dia beli kotak lebih besar. Dia beli kotak itu di Jaya Jusco (JJ) semasa keluar outing dengan Te’ah.
Dia sebenarnya sayang mahu buang semua kad-kad itu. Tiap satu bunga dan kad membawa makna hari yang berbeza untuknya disini. Dia hanya bawa pulang bunga-bunga dan kad-kad ni apabila  pulang ke rumah. Mereka hanya dibenar pulang ke rumah setiap dua minggu,
Jadi jalan terbaik dia serah segala pemberian itu pada Kak  Ain. Sebenarnya Kak Ain salah seorang exco yang dia rapat.Yang dia percaya. Kak Ain selalu buat kerja di bilik belajar Sumayyah.Jadi setiap petang dia serahkan bunga tu masa prep.
Dia tak mahu kantoi pada exco lain kalau ada pemeriksaan asrama.Hanya Te’ah saja yang tahu dia beri semua itu pada Kak Ain. Wada pun tidak bertanya lagi tentang bunga-bunga dan kad-kad itu.

Yang dia risaukan kad-kad yang disimpan bersama bunga-bunga itu. Namun sudah nak menjejak dua bulan semua masih selamat. Menjadi rahsia mereka bertiga. Harapnya hingga habis persekolahan tingkatan 4 semua ini kekal begitu. Walaupun dia sebenarnya tahu semua itu harapan yang tipis. Senipis kulit bawang.