Dear
Aisha.
Cik
Melah pergi pekan.
Pergi
pekan dengan Intan.
Ku
hulur salam perkenalan.
Permulaan
sebuah persahabatan.
Have a good
day.
Mr.A.M
“Oi..Termenung.”
Te’ah menepuk bahunya. Dia meletakkan tray
berisi nasi dan lauk pauk di hadapan lalu menarik kerusi duduk di sebelah
Aisha. Wada pula duduk dihadapan mereka.
“Mana
ada.” Setelah membaca doa makan dia menjamah nasi di dalam tray.
Waktu
makan tengahari itu dia fikiran lebih tertumpu pada bunga berserta kad yang dia
dapat pagi tadi. Boleh katakan sepanjang hari dia memikirkan pantun yang
tertulis di kad tersebut.
Pagi
tadi seperti pagi yang biasa. Selepas perhimpunan di dataran badminton asrama
putri untuk pelajar tingkatan 4 Aisha memasuki kelas. Beg silang
digantungkan di sisi kerusi. Dia melakukan rutinnya membesihkan
laci meja.
Meja
ni berkongsi dengan pelajar senior
asrama yang ada kelas tambahan malam. Laci meja selalu dipenuhi sampah. Ditarik
keluar sampah dari dalam laci. Sampah gula-gula seperti selalu. Diraba-raba
lebih dalam. Bunga origami? Dia membaca kad yang ada bersama bunga origami itu.
Bunga untuk dia? Mr. A.M?
Tuk..tuk..Tiba-tiba
pintu kelasnya diketuk pelahan. Seorang pengawas perempuan mengarahkan mereka
turun untuk perhimpunan pagi di Laman Bestari. Dia meletakkan kembali kad dan
bunga origami ke dalam laci meja.
Diperkemaskan
diri sebelum menuruni tangga ke Laman Bestari. Dipertenggahan jalan dia terserempak dengan Ansar. Tiba-tiba jantung
berdebar tak keruan melihat senyuman Ansar. Dia kaget. Sehabis baik dia
menyembunyikan debaran.
Dia
meletakkan beg di birai katil sebelum merebahkan diri. Dia baru sahaja
selesai prep malam. Selepas
habis prep dia terus pulang
ke bilik. Tekak dia tak rasa mahu makan supper malam ni.
Dia
bangun untuk menukar baju. Di dalam loker dia terlihat bunga origami yang
diterima pagi tadi. Di letak bunga di tepi bantal. Dia mencapai baju tidur dan
pencuci muka lantas dia ke tandas. Selepas mencuci muka dan menukar baju dia
kembali ke bilik.
Dicapai bunga
origami di tepi bantal. Direnung tulisan pada kad itu. Tulisan tangan. Kemas. Macam tulisan
perempuan. Tidak pula dia kenal tulisan siapa. Dibelek-belek lagi kad itu. Depan
dan belakang.
Dia
menarik keluar sebuah diari dari bawah bantal. 14 Ogos 2009. Tarikh hari ini. Dear dairi. Dia termenung sejenak
sebelum menyambung tulisan. Diceritakan kepada inche dairi apa yang berlaku pada hari ini.
Diari
berkulit tebal dan berwarna biru itu pemberian mama semasa hari jadinya. Mama
dan kakaknya Aina datang melawat. Mereka membawa kek dan makanan untuk meraikan
hari jadinya minggu lepas. Afiq si adik tak dapat datang.
Mama beritahu Afiq ada latihan bola sepak
untuk perlawanan persahabatan tidak lama lagi. Abah pula sibuk
bekerja. Menguruskan perniagaan dia. Aisha dah maklum kesibukan abah
itu sejak dari kecil.Mereka menyambut hari jadinya di wakaf berdekatan
asrama. Dia telah mengajak Te’ah dan Wada turut serta bersama. Te’ah dan Wada
sebilik dengan dia.
Dia
masih ingat lagi. Te’ah yang mula menegur ketika dia mula mengemas barang di
loker selepas pendaftaran.Mereka mula rapat sejak itu. Mereka akan makan
bersama dan pergi ke sekolah bersama. Mereka akan turun beriadah bersama.
Kadang kala lepak bersama di tangga pada waktu rehat.
Boleh
katakan kebanyakkan masa mereka habiskan bersama. Sebenarnya dia lebih rapat
dengan Te’ah berbanding Wada. Dengan Te’ah banyak yang diceritakan dikongsikan
tentang kehidupannya. Te’ah juga begitu.
Setiap malam sepanjang malam beranda dihuni oleh
pelajar-pelajar yang stay up. Di
beranda tu bergilir-gilir orang yang menggunakan. Tidak pun di depan pintu
dorm. Boleh dikatakan hampir setiap malam
dia,Te’ah dan Wada akan duduk di kaki lima di depan dorm.
Beralaskan
tikar dan dibantu lampu koridor yang malap. Ditemani kerja-kerja sekolah yang
tak sempat dihabiskan ketika prep. Atau
yang diskip waktu prep petang kerana tidur gara-gara penat
buat amali.
Malam
hujung minggu di asrama juga kadang kala dihabiskan di situ dengan memerhati
bintang di langit sambil minum milo dan makan biskut. Selain menonton
television di bilik tv ataupun membaca buku di perpustakaan mini.
“Mana
Te’ah?” Aisha bertanya kepada Wada dengan mata tak berkalih dari latihan Mode
Math di hadapan.
“Tengah
cakap ngan Sharul.” Kata Wada yang
sedang melukis litar di papan LK.
Kadang-kadang
Te’ah tiada apabila dia bercakap dengan ‘abang sayang’nya. Lain pula dengan
mereka yang tiada ‘abang sayang’. Dia mahupun Wada tidak berminat dengan cinta
semasa zaman persekolahan ini.
Bukan
tiada seorang dua abang senior
ataupun rakan sebaya yang cuba memikat dia. Tapi dia betul-betul tidak
berminat. Ada kekasih atau tidak sama saja. Lebih leceh dirasakan bila ada
kekasih zaman sekolah. Lihat saja teman sekeliling. Banyak sebenarnya duit dan masa yang
dihabiskan bila ada teman istimewa ni.
Ansar. Lelaki yang dia suka dalam diam. Pernah
juga dia terfikir Ansar ada kekasih hati ke? Tapi dia sendiri mengambil sikap tak
mahu ambil tahu selepas itu. Lagi pun dia hanya meminati dalam diam dan tidak mahu lebih dari itu.
Kalau
la Ansar ajak dia berpacaran pun tidak akan diterima. Baginya dia memilih menikmati manis alam
persekolahan bersama kawan-kawan dari berkasih di zaman sekolah. Pada
bulan dia tersenyum menjadi saksi ikrar di dalam hati dia tak mahu berpacaran
di alam persekolahan.
Perihal
Mr. A.M tak mahu difikir jauh. Bertemu atau tidak dengan Mr.A.M terpulang pada
Mr.A.M sendiri. Buat sakit kepala jika difikirkan. Antara dia dan Mr.A.M hanya
diserah pada takdir.
Kalau
Mr.A.M mahu berkawan dia tidak kisah.Tapi jika lebih dari itu dia akan berterus
terang. Jika Mr.A.M mahu jadi Mr.Secret
Admire sampai bila-bila pun dia tidak kisah. Yang penting dia tak perlu
jaga hati atau patahkan hati sesiapa di kemudian hari.