Bab
1
Segala tingkah diperhati mata
Hingga
tercuit rasa dilubuk hati
Jika ditanya mana datangnya cinta
Jawabnya dari mata turun ke hati
Ansar
meletak beg berisi pakaian dan alat mandian di sudut kelas. Gitar kesayangannya
disandarkan ke dinding. Diperhati keadaan sekeliling. Di tengah kelas sudah
lapang. Kerusi dan meja sebelum ini memenuhi ruang sudah siap disusun di
belakang kelas.
Eddy
yang bertindak sebagai ketua memperkenalkan ahli-ahli terlibat di bahagian
kecemasan untuk program ini. Mereka di sini untuk memberi bantuan dalam Program
Wira-Waja. Program ini adalah program reakriasi untuk pelajar senior yang
diadakan setiap tahun. Kesemua AJK adalah pelajar tingkatan 4.
Di
dalam kelas tu hanya seorang saja bukan ahli Pesatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Sebenarnya ahli-ahli PBSM saja yang bertugas tetapi budak perempuan itu mahu
ikut bantu. Eddy yang memperlawa
dia untuk ikut serta.
Rupa-rupanya Eddy dan Aisha rakan sekelas Memandangkan
waktu ini cuti semestar persekolahan jadi tidak ramai ahli PBSM yang mahu ikut
serta. Ramai yang mahu menghabiskan cuti bersama keluarga.
Dia,
Eddy, Aisha, Te’ah, Sai dan Wada. Enam orang semuanya. Sai sedang ralit membuat
banner PBSM. Banner itu akan
digantung di hadapan kelas. Banner menandakan
base camp PBSM.
Khusuk
sungguh Sai mengukur jarak setiap huruf-huruf yang akan di tulis. Macam nak
melukis di atas kertas lukisan semasa di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan saja.
Bukan main teliti lagi. Budak Kejuruteraan Awam seorang tu dah tak pandang
keliling.
Budak
perempuan yang dipanggil Aisha itu perhatikan saja dari tadi. Gayanya seperti berminat
sungguh. Yang lain-lain duduk saja. Belum ada apa-apa kerja yang harus
dilakukan. Bosan pula bila duduk saja.Ansar mengambil gitar kapok miliknya. Dia
duduk di salah sebuah kerusi. Dia memetik tali gitar.
“I’m
yours..”Dia memainkan korus lagu Jason Mraz-I’m yours.
Aisha
meminjam gitar darinya. Dia meminta Ansar mengajar asas bermain gitar. Diajar base chord pada Aisha. Budak perempuan
itu memetik tali gitar.Mempraktikkan apa yang diajari.
“Macam Yuna la.” Eddy melawak. Merujuk penyanyi wanita yang popular di laman
youtube ketika itu.
Aisha hanya menguntumkan senyuman. Senyuman
segaris namun cukup manis di pandangan sesiapa saja. Mereka bernyanyi
bersama-sama. Ansar memetik gitar mengikut irama lagu yang dinyanyikan. Riuh
sungguh. Bilik itu sudah seperti bilik karokae
saja.
Lewat
petang mereka memasang sebuah khemah di dalam bilik. Ruang di dalam khemah
cukup luas. Khemah ini untuk memuatkan lima orang di dalamnya. Khemah ini
dipasang untuk pelajar prempuan tidur.
Pelajar
lelaki tidur di mana saja. Para peserta tidur di padang sekolah. Khemah untuk
urusetia dan peserta diasingkan. PBSM pula hanya menggunakan ruang kelas itu
saja.Tidak pula penat mengemas selepas habis kem ini.
“Mengantuk
lagi ke?”
“Hem.”
Aisha merenggangkan badan. Digosok mata yang kelat. Mamai tadi pun tidak hilang
lagi. Eddy menghulur kopi kepada Aisha. Kopi yang diambil dari khemah utama di
padang sekolah. Aisha menhirup kopi. Arg. Segar sedikit matanya.
Mau
tak mengantuk bila dikejutkan bangun pukul 2.30 pagi. Malam itu mereka
bergilir-gilir berjaga. Berpasangan lelaki dan perempuan setiap dua jam. Masa
banyak di habiskan dengan berbual. Seorang dua AJK bahagian lain datang
menyinggah.
Hari
kedua.
Selepas
sarapan pagi ini mereka duduk semula di dalam kelas. Sementara menunggu
aktiviti senaman habis. Ansar menguap kecil. Wada menyusun ubatan di dalam
kotak First Aid. Sementara itu para peserta pula sedang melakukan senaman di
padang.
Eddy
masuk ke dalam kelas dengan membawa
bersama sebuah patung dari Makmal Sains. Entah dari siapa dia minta kebenaran
membawa keluar patung itu dari makmal. Eddy membaringkan patung itu.
Dia
menggunakan patung untuk mengajar mereka teknik penafasan CPR. Tak tau pulak
Aisha ada teknik nak mencari jantung dalam CPR ni. Selalu mesti akan diajar
berapa kali tekan yang perlu dilakukan di dalam CPR. Memang patut pun si Eddy
ni menjadi timbalan pengerusi PBSM. Serba serbi mengenai rawatan kecemasan dia
tahu.
Para
peserta sedang bermain explorace. Jadi
PBSM pun akan pergi melawati ke setiap check point. Hanya Wada dan Sai tinggal
di base camp. Base camp perlu orang ada yang mengawasi di sana. Mana tahu ada
yang cedera dibawa ke base camp.
Mereka
tiba di check point kraf tangan.
Ansar mengambil salah satu hasil kraf peserta. Dibelek-belek kraf dari serpihan
kayu itu. Lebihan kayu dari hasil kerja pelajar BB (Binaan Bangunan).
Sekumpulan
peserta datang ke check point
tersebut. Mereka memperhatikan gelagat peserta dan task yang perlu dilakukan.Te’ah mengajak mereka ke check point seterusnya. Mereka mengikuti
para peserta ke laluan explorace.
Penat
berjalan dari satu check point ke
satu check point. Mereka berehat di
Dataran Jaya. Habis tawaf ke setiap check
point mereka pulang ke base came.
Tiba di base came seorang peserta
dibawa masuk.
Tidak
ada apa yang serius. Cuma sesak nafas. Peserta yang dipanggil Kak Mira
dibaringkan di atas stracher. Mereka memberi ruang yang selesa untuk dia
bernafas.Rupanya dia ada asma. Setelah dia sudah okay dia dibawa pulang ke
khemah. Mujur tidak rebah di tengah jalan. Siapa suruh degil mahu berlari.
“Ansar
sama macam Eddy. Dah tak ada ayah.” Lirih suaranya mengatakan ayahnya sudah
meninggal dunia kepada Aisha. Malam ini ada ceramah mengenai ayah dan ibu.
Ansar sebak. Dia teringat akan ayahnya. Matanya pula seakan-akan berkaca-kaca.
Kebanyakan
AJK duduk di depan Perjabat Warden atau pun di bahagian belakang di Laman
Bestari. Mereka berbual sambil melihat ceramah dari Ustaz Abu Bakar di depan
Pejabat Warden.
Sepanjang
masa tu mata Aisha tidak lepas memandang Ansar. Anak kelahiran Serawak
yang mengikut kakaknya berpindah ke Semenanjung. Sungguh kehilangan itu perit
sentiasa ada. Diam-diam dia bersyukur masih lagi mempunyai orang tua di usia
begini.
Hari
terakhir program. Aisha mengemas beg pakaian di dalam khemah. Sepanjang tiga
hari mengikuti program ini Aisha sungguh seronok. Dapat ilmu baru dan
kawan-kawan baru.
