Followers

Thursday, November 28, 2013

BAB1


Bab 1

Segala tingkah diperhati mata
Hingga tercuit rasa dilubuk hati
Jika ditanya mana datangnya cinta
Jawabnya dari mata turun ke hati

Ansar meletak beg berisi pakaian dan alat mandian di sudut kelas. Gitar kesayangannya disandarkan ke dinding. Diperhati keadaan sekeliling. Di tengah kelas sudah lapang. Kerusi dan meja sebelum ini memenuhi ruang sudah siap disusun di belakang kelas.
Eddy yang bertindak sebagai ketua memperkenalkan ahli-ahli terlibat di bahagian kecemasan untuk program ini. Mereka di sini untuk memberi bantuan dalam Program Wira-Waja. Program ini adalah program reakriasi untuk pelajar senior yang diadakan setiap tahun. Kesemua AJK adalah pelajar tingkatan 4.
Di dalam kelas tu hanya seorang saja bukan ahli Pesatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Sebenarnya ahli-ahli PBSM saja yang bertugas tetapi budak perempuan itu mahu ikut bantu. Eddy  yang  memperlawa dia untuk ikut serta.
 Rupa-rupanya Eddy dan Aisha rakan sekelas Memandangkan waktu ini cuti semestar persekolahan jadi tidak ramai ahli PBSM yang mahu ikut serta. Ramai yang mahu menghabiskan cuti bersama keluarga.

Dia, Eddy, Aisha, Te’ah, Sai dan Wada. Enam orang semuanya. Sai sedang ralit membuat banner PBSM. Banner itu akan digantung di hadapan kelas. Banner menandakan base camp PBSM.
Khusuk sungguh Sai mengukur jarak setiap huruf-huruf yang akan di tulis. Macam nak melukis di atas kertas lukisan semasa di dalam kelas Lukisan Kejuruteraan saja. Bukan main teliti lagi. Budak Kejuruteraan Awam seorang tu dah tak pandang keliling.
Budak perempuan yang dipanggil Aisha itu perhatikan saja dari tadi. Gayanya seperti berminat sungguh. Yang lain-lain duduk saja. Belum ada apa-apa kerja yang harus dilakukan. Bosan pula bila duduk saja.Ansar mengambil gitar kapok miliknya. Dia duduk di salah sebuah kerusi. Dia memetik tali gitar.
“I’m yours..”Dia memainkan korus lagu Jason Mraz-I’m yours.
Aisha meminjam gitar darinya. Dia meminta Ansar mengajar asas bermain gitar. Diajar base chord pada Aisha. Budak perempuan itu memetik tali gitar.Mempraktikkan apa yang diajari.
 “Macam Yuna la.” Eddy melawak.  Merujuk penyanyi wanita yang popular di laman youtube ketika itu.
 Aisha hanya menguntumkan senyuman. Senyuman segaris namun cukup manis di pandangan sesiapa saja. Mereka bernyanyi bersama-sama. Ansar memetik gitar mengikut irama lagu yang dinyanyikan. Riuh sungguh. Bilik itu sudah seperti bilik karokae  saja.

Lewat petang mereka memasang sebuah khemah di dalam bilik. Ruang di dalam khemah cukup luas. Khemah ini untuk memuatkan lima orang di dalamnya. Khemah ini dipasang untuk pelajar prempuan tidur.
Pelajar lelaki tidur di mana saja. Para peserta tidur di padang sekolah. Khemah untuk urusetia dan peserta diasingkan. PBSM pula hanya menggunakan ruang kelas itu saja.Tidak pula penat mengemas selepas habis kem ini.
“Mengantuk lagi ke?”
“Hem.” Aisha merenggangkan badan. Digosok mata yang kelat. Mamai tadi pun tidak hilang lagi. Eddy menghulur kopi kepada Aisha. Kopi yang diambil dari khemah utama di padang sekolah. Aisha menhirup kopi. Arg. Segar sedikit matanya.
Mau tak mengantuk bila dikejutkan bangun pukul 2.30 pagi. Malam itu mereka bergilir-gilir berjaga. Berpasangan lelaki dan perempuan setiap dua jam. Masa banyak di habiskan dengan berbual. Seorang dua AJK bahagian lain datang menyinggah.

Hari kedua.
Selepas sarapan pagi ini mereka duduk semula di dalam kelas. Sementara menunggu aktiviti senaman habis. Ansar menguap kecil. Wada menyusun ubatan di dalam kotak First Aid. Sementara itu para peserta pula sedang melakukan senaman di padang.  
Eddy masuk ke dalam kelas dengan  membawa bersama sebuah patung dari Makmal Sains. Entah dari siapa dia minta kebenaran membawa keluar patung itu dari makmal. Eddy membaringkan patung itu.
Dia menggunakan patung untuk mengajar mereka teknik penafasan CPR. Tak tau pulak Aisha ada teknik nak mencari jantung dalam CPR ni. Selalu mesti akan diajar berapa kali tekan yang perlu dilakukan di dalam CPR. Memang patut pun si Eddy ni menjadi timbalan pengerusi PBSM. Serba serbi mengenai rawatan kecemasan dia tahu.

Para peserta sedang bermain explorace. Jadi PBSM pun akan pergi melawati  ke setiap check point. Hanya Wada dan Sai tinggal di base camp. Base camp perlu orang ada yang mengawasi di sana. Mana tahu ada yang cedera dibawa ke base camp.
Mereka tiba di check point kraf tangan. Ansar mengambil salah satu hasil kraf peserta. Dibelek-belek kraf dari serpihan kayu itu. Lebihan kayu dari hasil kerja pelajar BB (Binaan Bangunan).

Sekumpulan peserta datang ke check point tersebut. Mereka memperhatikan gelagat peserta dan task yang perlu dilakukan.Te’ah mengajak mereka ke check point seterusnya. Mereka mengikuti para peserta ke laluan explorace.
Penat berjalan dari satu check point ke satu check point. Mereka berehat di Dataran Jaya. Habis tawaf ke setiap check point mereka pulang ke base came. Tiba di base came seorang peserta dibawa masuk.
Tidak ada apa yang serius. Cuma sesak nafas. Peserta yang dipanggil Kak Mira dibaringkan di atas stracher.  Mereka memberi ruang yang selesa untuk dia bernafas.Rupanya dia ada asma. Setelah dia sudah okay dia dibawa pulang ke khemah. Mujur tidak rebah di tengah jalan. Siapa suruh degil mahu berlari.

“Ansar sama macam Eddy. Dah tak ada ayah.” Lirih suaranya mengatakan ayahnya sudah meninggal dunia kepada Aisha. Malam ini ada ceramah mengenai ayah dan ibu. Ansar sebak. Dia teringat akan ayahnya. Matanya pula seakan-akan berkaca-kaca.
Kebanyakan AJK duduk di depan Perjabat Warden atau pun di bahagian belakang di Laman Bestari. Mereka berbual sambil melihat ceramah dari Ustaz Abu Bakar di depan Pejabat Warden.
Sepanjang masa tu mata Aisha tidak lepas memandang Ansar. Anak kelahiran Serawak yang mengikut kakaknya berpindah ke Semenanjung. Sungguh kehilangan itu perit sentiasa ada. Diam-diam dia bersyukur masih lagi mempunyai orang tua di usia begini.

Hari terakhir program. Aisha mengemas beg pakaian di dalam khemah. Sepanjang tiga hari mengikuti program ini Aisha sungguh seronok. Dapat ilmu baru dan kawan-kawan baru.

Prolog.


Prolog

Dorm sudah light-off.  Aisha merebah kepala. Tiba-tiba telefon bimbit bergetar di tepi bantal. Menandakan ada mesej baru masuk ke dalam inbox. Mr.A.M? Hatinya berdetak laju. Dicapai telefon di tepi bantal dengan kalut. Dibuka skrin telefon bimbit. Ceh mesej dari Celcome. Telefon itu dia letak kembali di tepi bantal.
Teman sebelah berbicara sambil menekup kepala dengan bantal. Dia merenung bunga origami di tangan dengan bantuan lampu koridor. Bunga yang terakhir dia terima. Dia menghela nafas berat.
Esok dia akan menjawab kertas peperiksaan yang terakhir untuk SPM. Hari terakhir sebagai pelajar sekolah. Esok juga hari dia akan berjumpa dengan Mr.A.M buat pertama kali.
Matanya susah betul nak lelap malam ni. Dia membayangkan apa yang bakal berlaku pada hari esok.
Rakan –rakan sebilik yang aliran teknik sudah pulang. Mereka sudah selesai menjawab peperiksaan. Sekolah ini ada dua aliran iaitu vaksional dan teknikal. Vokasiaonal lebih menjurus ke arah amali. Peperikasaan mata pelajaran vokasional dilakukan pada akhir minggu peperiksaan.
 “Eh tak tidur lagi? Tidurla esokkan nak jawab exam. Karang tidur pula masa jawab exam.” Farah di sebelah menegur. Asrama sunyi betul bila tingga sebahagian je form five.
“Yela,Farah. Dah habis dah ‘abang sayang’ kau tu bagi semangat?” Dia memerli Farah.
“Macam tak jumpa je esok. Padahal kau dengan dia dalam satu kelas sama jawab exam kan.” Mata Aisha yang  memandang siling kalih ke teman sebelah. Farah mencebik mendengar butir bicara Aisha.
Mata Aisha melilau ke kiri dan kanannya. Yang lagi tiga orang dah selamat belayar ke alam mimpi. Aisha meletak bunga di tepi bantal lalu menarik selimut. Batal kecilnya dipeluk. Mata dipejam cuba untuk tidur. Tidurla,Aisha.