Followers

Thursday, August 8, 2024

BAB 2


Anyone can catch your eye but it takes someone special to catch your heart.-Inche Google-

Eddy menuruni tangga. Dia menuju  ke kelas 4 PEE 2. Di dalam kelas 4 PEE 2 (Elektrik dan Elektronik) hanya tinggal dua tiga orang yang tidak keluar pada waktu rehat. Eddy mengetuk pintu lantas memanggil Ansar. Mengajak Ansar rehat bersama.
Ansar yang tidak menyahut. Dia masih lagi statik di tempatnya. Eddy melangkah ke arah Ansar. Di tepuk lembut bahu Ansar. Mengejutkan kawannya dari lamunannya. Ansar tersentak. Terbang sudah segala angan-angannya. Dia lantas mengikut Eddy ke kantin.

 “Kau mengelamun pasal apa tadi?” Eddy mengigit sedikit roti sadin.
“Tak ada apa la.”
 Cawan berisi air sirap di letak di hadapan lalu Ansar memandang ke depan. Dia. Kelibat si dia dihadapan membuat Ansar statik tak bergerak seperti disumpah dek Sang Kelembai. Si dia berlalu pergi setelah membeli makanan.
Setapak. Setapak. Dari ekoran mata Ansar memerhati si dia hingga kelibatnya hilang dari pandangan. Eddy perasan kelakuan Ansar. Matanya cuba menangkap kelibat yang membuat sahabatnya jadi begitu. Namun ramai pelajar yang beratur tidak membolehkan dia menangkap siapa gerangannya.
“Kau pandang siapa?” dengan suara rendah Eddy bertanya. Ansar hanya menggeleng kepala sebelum menggigit keropok lekor yang dibeli. Eddy pun menyambung kunyahannya. Sebelum pulang ke kelas masing-masing Eddy berjanji untuk datang ke rumah Ansar selepas tamat waktu persekolahan.

Kelibat si dia masih menggangu fikiran Ansar. Sepanjang jalan pulang ke kelas tadi Diceritakan jua perasaannya pada Eddy ketika Eddy mengorek rahsia tentang si dia. Sebenarnya Ansar malu untuk meyatakan perasaannya pada Eddy tetapi mungkin Eddy adalah satu-satunya orang yang dapat membantunya.
Ansar meraup wajah. Dikemas buku-buku dan alatan tulis diatas meja lalu dimasukan ke dalam beg galas. Disandang beg galas dan buku yang tebal di bimbit dengan tangan menujuk ke keluar pintu kelas untuk pulang ke rumah.

Sejak pertemuan pertama, Ansar sudah mula meminati si dia. Ansar sendiri tak pasti mengapa dia suka si dia. Si dia yang putih merah berwajah ala Pakistan. Seorang yang peramah. Dia nampak manja walaupun sebenarnya tegas dan lasak.  .
Walaupun mereka kini sudah dikatakan kawan.  Ansar ingin mengenali dan berkawan lebih rapat dengan si dia. Bukan mahu berpacaran. Tidak. Ansar meminati si dia tetapi dia tidak mahu berpacaran. Cuma menjadi kawan istimewa.
Ansar juga tahu si dia masih belum lagi mempunyai teman istimewa. Jadi dia merasakan dia tidak la menganggu kekasih orang. Dia sendiri mempunyai prinsip dalam berkasih. Sekarang bukan masanya untuk bercinta. Mereka masih lagi di alam persekolahan. Kalau boleh dia mahu bercinta dengan si dia hingga ke jinjang pelaminan.

Ansar tersandar di birai katil. Dia merenung hasil tangannya sambil tersenyum puas. Lepas makan tenggahari dia terus masuk ke  bilik untuk melakukan projek ini. Projek yang dilakukan untuk mendekati si dia.
Tak sia-sia dia tolong Kak Erin buat benda ni selama ini. Dia tersentak mendengar ketukan di pintu. Hilang segala angan dan senyumannya. Lantas  dia membaling terus hasil  kerja tangannya ke bawah katil.
“Masuk.” Nadanya kedengaran manotoni. Bunyi cuak semacam. Tersembul kepala Eddy di muka pintu yang terbuka. Oh Eddy. Dia ingat siapa tadi.  Sejenak nafas lega ditarik. Eddy masuk lalu duduk di kerusi belajar. Dibelek kad diatas meja.
Dia dan Eddy kenal semejak menyertai PBSM. Mereka pernah terserempak ketika menyertai di salah sebuah pertandingan nyanyian di Klang. Sejak itu mereka menjadi rapat. Memandangkan mereka mempunyai minat menyanyi yang sama.
Mereka selalu lepak bersama selepas sekolah. Sama ada di rumah Eddy ataupun Ansar. Kadang-kadang mereka keluar bersama rakan-rakan lain. Mereka seperti belangkas sentiasa bersama. Keluarga mereka pun sudah saling kenal.
Dek kerana keakraban mereka ada rakan perempuan mereka mengatakan mereka seperti gay. Eddy membetulkan tanggapan rakan mereka itu. Golongan gay ni Nabi Muhammad tak mengaku umat tau.
“Kau cari apa?” Tanya Eddy apabila dia melihat Ansar meraba-raba bawah katil.
“Emm..Adalah.” Dia masih meraba-raba bawah katil. Aduh dimana pula dia baling tadi. Digaru kepala yang tidak gatal. Tangannya meraba pula di bahagian kepala katil. Rasanya dia baling tidak jauh ke dalam. Dia tersentuh sesuatu di kepala katil.
Dia tarik keluar benda itu perlahan-lahan. Dia meletakkan hasil kerja tangan yang diambil dari bawah katil ke meja belajar. Dia mencapai gitar di birai katil.
“Wah! Kau buat sendiri ke?”
“Aku ada plan baik punya. Tapi kau kena tolong aku.” Tangannya mula memetik tali gitar.
“Sebelum tu cam biasa kita karok dulu” Intro Warisan-Sudirman berlagu dari petikan tali gitar. 

 Minggu depan pertandingan lagu patrotik diadakan sempena Minggu Kemerdekaan  di samping pertandingan lain. Mereka giat berlatih untuk pertandingan itu. Mereka akan menyanyikan lagu Warisan- Sudirman.
 Eddy juga akan memasuki pertandingan mendeklamasi sajak pada minggu itu. Dia bersempatan melihat Eddy dan si dia berlatih mendeklamasi sajak. Mengetahui mereka akan bertanding untuk pertandingan nyanyian si dia berjanji akan datang menyokong mereka.
 “Lagu dilagukan oleh Ansar dalam versi lelaki. Dari satu ke satu lagu mereka nyanyikan. Memang riuh bilik yang sederhana besar itu.
Selepas itu mereka dah tak kisah lagu patrotik ke lagu cinta semua mereka redah. Maaf la mak cik dan pak cik di  keliling rumah. Selalu terpaksa dengar mereka melalak. Ni belum lagi mengunakan set karokae. Kalau Adam ada lagi riuh. Adam itu abang angkat dia.

Malam itu puas dia mengereng ke kiri dan ke kanan. Dari posisi mengereng dia terlentang. Matanya tidak juga mahu lelap. Dicapai telefon di tepi bantal. 1.30 pagi! Debarnya bagai tidak hilang selagi Eddy tidak menyempurankan amanah yang diberi.  
Tadi petang sebelum Eddy balik dia serahkan hasil kerjanya kepada Eddy. Moga Eddy dapat menjalankan tugasnya dengan baik esok pagi. Satu perkataan saja yang boleh mengambarkan perasaan dia ketika ini. Cuak! Cuak tahap gaban. Jangan sampai kantoi dengan sesiapa sudah. Kalau tak malu dibuatnya.
Di raup wajah dengan sebelah tangan. Kain selimut yang tadi menutupi tubuh sudah tersadai di birai katil. Entah bila dia terlelap. Pagi itu dia tersedar apabila mendengar deringan jam lonceng di atas meja. Langkahnya deras. Tidak seperti pagi-pagi yang biasa.